Tuesday 12 November 2013

Gentleman.



Rasulullah ada menyebut dalam satu hadis, bahawa agama seseorang itu adalah mengikut teman-temannya. Mafhumnya macam tu la. Saya tak pasti la pula siapa perawinya. In sha Allah sahih. Nanti kalau dah jumpa yang lengkap, saya update kat sini. Atau mana-mana dalam kalangan kita yang jumpa dahulu, silalah share di ruangan komen nanti.

Assalamu’alaikum

Mukaddimah baru kot.

Lama dah tak menconteng arang di sini. Entah. Tidak diberi kesempatan. Saya memilih untuk bersunyi-sunyian sejenak. Cewah. Kelas gitu. Takdir. Mungkin inilah waktu untuk saya dan anda
menghitung diri masing-masing.Sejauh mana sudah kita amalkan ilmu-ilmu dan perkongsian lampau dalam hidup kita.

Kali ni saya nak bermimpi.Semoga mimpi menjadi kenyataan.Ok tutup mata.Eh jap jap,kalau tutup mata acano nak baca.hee.

Ok jom start bermimpi.Tutup mata separuh.

I dream to be a gentleman like….

Nabi Yusuf a.s, di mana dia seorang lelaki yang bisa menahan godaan wanita, meski dia adalah lelaki terkacak di dunia. *Yang tak kacak macam saya apatah lagi kan.

I dream to be a gentleman like….

Nabi Ibrahim a.s di mana dia adalah seorang lelaki yang mampu mempertahankan kesucian isterinya, saat isterinya itu mahu dirampas oleh Raja Mesir.

I dream to be a gentleman like….

Nabi Musa as, di mana dia adalah seorang lelaki yang “qawiyul amin” kuat lagi amanah. Amanah menjaga hak wanita dan melindungi mereka. *Tidak perlu badan tough untuk kuat

I dream to be a gentleman like….

Nabi Isa as, di mana dia adalah seorang lelaki yang sangat taat dan patuh kepada ibunya iaitu Siti Maryam,

I dream to be a gentleman like….

Nabi Muhammad saw, di mana dia adalah seorang lelaki yang paling baik terhadap isterinya dan seisi keluarga. Tolong masak, kemas rumah, menjahit, basuh baju dan lain-lain kerja dapur. Meski, dia adalah seorang ketua negara. *Bayangkan Dr seri Najib tolong Datin Rosmah basuh baju. Sweet kan.

And Lastly..

I dream to be a gentleman like….

Saidina Umar r.a, meski berpribadi garang dan tegas, dia sama sekali tidak menjawab malahan senyap sahaja mendengar leteran isterinya. Ohh…*telan air liur

p/s : Justeru, wahai lelaki-lelaki sekalian, jadilah seperti “lelaki-lelaki” di atas. Sesungguhnya berat tanggungjawab seorang lelaki itu ! Jangan fikir syoknya kahwin sahaja.

Semoga mimpi saya menjadi kenyataan.Ameen.

Wallahualam.