Friday 30 August 2013

Chromosomes Gua Terlebih.Lu apahal brader??







WEH LU APAHAL BRADER!!!

*TIBA2.

hehe.ngigau rupanya.

Allahu Akbar,Allahu Akbar,
Allahu Akbar,Allahu Akbar,
Ashhadu an laa ilaaha illah,
Ashhadu an laa ilaaha illah,
…………..
Laa ilaaha illa Allah..

Azan baru sahaja selesai berkumandang.

Selang lima minit.

"Saffff...Brader2 dan sister2 semua masuk safff."
“Lurus dan rapatkan soff brader!!.....wei lu apahal brader”
“Sister2 kat belakang lu ok tak.luruskan soff!!”

Wah…

Gangster betul imam ni.Ok tu hanya rekaan.

Berlari nak masuk saff…Tiba-tiba pandangan mata saya tertarik pada satu kelibat yang sedang berdiri betul-betul di hadapan saya.So mata bertentang mata,dari mata jatuh ke hati.(p/s:background music-Kal Ho Na Ho)

Subhanallah, sungguh sebak hati ini. 

Bersengkang mata saya dibuatnya menahan limpahan air yang mahu keluar meronta-ronta daripada biji mata ini .Mujurlah hanya setitis dua sahaja yang terkeluar secara tidak sengaja ..

Siapa dia ? Anda mesti tahu. Wajib tahu ! Agar benar-benar tahu ! Lalu ambil tahu dan sebarkan pada siapa yang tidak tahu. Agar mereka yang tidak tahu nanti akan jadi tahu ! Dan tidak buat-buat tak tahu !

 
Ops, Chromosome saya terlebih satu !


Wajah seperti ini, sama sahaja di mana-mana

Dengan syarat Chromosome nya terlebih satu.

Baik di benua Eropah, Asia mahupun di Amerika Selatan dan Utara sekalipun,
Wajah mereka akan tetap sama,

Miliki posture badan yang hampir sama juga,

Buatkan mereka sebegitu mudah dikenali.

Bagaimana ? Anda dapat meneka ?Atau masih perlukan hint lagi.

Ok, saya teruskan.

Sebelum itu, ingin saya jelaskan serba sedikit bahawa Chromosome manusia biasa adalah sebanyak 46. Tidak terkurang mahupun terlebih satu. Jika berlaku mana-mana penambahan atau pengurangan pada jumlah Chromosome , pasti akan terjadinya perubahan genetik yang drastik pada tubuh badan seseorang.






Pengisian Syeikh Ikrimah !
 
Islam tidak akan tertegak jika Syabab solat di rumah ! 

Islam tidak akan tertegak jika Syabab tidak menjaga solat 5 waktu !

Islam itu tinggi dan tiada apa yang lebih tinggi dari Islam !

Begitulah antara kata-kata yang begitu mengesani saya.

Siapa Syeikh Ikrimah ?

Beliau adalah mantan mufti Palestin dan Imam Besar Masjidil Aqsa. Orangnya tua sudah. Lahir pada tahun 1939. Namun, ada sesuatu yang boleh kita pelajari dari beliau.

Kegigihan beliau menuntut ilmu tidak dihalang oleh faktor usia. Hal ini terbukti apabila beliau memperoleh Ijazah Doktor Falsafah ketika berusia 62 tahun ! Subhanallah !

Satu inspirasi buat kita yang masih muda ini untuk terus semangat mengejar ilmu.

Berbalik kepada cerita tadi.
Kenapa saya begitu tersentuh hati ?

Kerana, saban hari, saya lihat masjid semakin kurang dikunjungi Syabab ! Pemuda !

Anda patut bersyukur wahai Syabab !

Anda dilahirkan sebagai seorang Muslim yang sempurna bilangan Chromosomenya. Tiada cacat cela satu mahupun dua dari aspek fizikal tubuh badan.

Tiada !

Tak malu ke dengan si dia yang berChromosome lebih dari satu ! Tapi, solatnya berjemaah di masjid 

Dan seperkara lagi, syurga sudah dijanjikan untuknya. Bukan kita.

Fikir-fikirkan.

So Sebenarnya point saya nak cakap kat sini,bilamana kita dah dialam kampus nanti,hiduplah berjemaah.Cari surau/masjid untuk kita solat.Kalau jauh,solat berjemaah dalam bilik pun ok.:)

Solat fardu sorang2 tak feel bro.

And satu perkara lagi,jangan lupa baca surat chenta daripada Allah.:)

Kbye,

Salamun alaikum.





Eh jap jap.

jangan lupa doa untuk saudara terchenta kita di Mesir.Moga Allah memberi pertolongan dan ketabahan kepada mereka.Ameen.:) 



Thursday 22 August 2013

Tazkirah Yang Paling Ohsem.






“Tiada hari yang lebih bercahaya di Madinah,Daripada hari ketika Rasulullah datang kepada kami. Dan tidak ada hari yang lebih gelap dan muram daripada saat beliau wafat.” Kata Anas bin Malik.

Hari itu hari agak muram,air keluar berdesas desus dari mata masing2.Dan seorang lelaki berteriak,membuat Susana makin hiba.

“Sesungguhnya beberapa orang munafik beranggapan bahawa Rasulullah meninggal dunia!” Kata Umar ibn Khathab.

“Sesungguhnya beliau tidak wafat!”, ia terus berteriak dengan mata merah berkaca-kaca dan berjalan hilir mudik ke sini ke sana.

‘Umar masih terus berteriak-teriak bahkan menghunus pedang ketika Abu Bakar datang dan masuk ke bilik

“Allah tidak akan menghimpun dua kematian bagimu. Kalau ini sudah ditetapkan, engkau memang telah meninggal.” Abu Bakar mencium kening Sang Nabi. “Alangkah wanginya engkau di kala hidup, alangkah wangi pula di saat wafat.”

‘Umar masih menghayun pedang ketika dia keluar.

“Duduklah wahai ‘Umar!” Seru Abu Bakar. Tapi ‘Umar yang bagai kesurupan tak juga duduk. Orang-orang dengan kesedaran penuh mulai mendekati Abu Bakar dan meninggalkan ‘Umar.

“Barang siapa menyembah Muhammad, maka sesungguhnya Muhammad telah wafat, tapi barang siapa menyembah Allah sesungguhnya Allah hidup kekal!”

Katanya berwibawa. Abu Bakar lalu membacakan ayat yang dibaca Mush’ab ibn ‘Umair menjelang syahidnya, saat tubuhnya menghela panji Uhud dibelah-belah dan tersiar kabar bahwa Rasulullah terbunuh.


“Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang Rasul. Apakah jika dia mati atau terbunuh kalian akan berbalik kebelakang? Dan barang siapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikit pun. Dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur”
(Ali ‘Imran :144)






Dan banyak sangat riwayat yang menceritakan betapa rindunya nabi Muhammad s.a.w kepada kita.
Apakah alasan kita untuk tidak mencintai nabi??cube seorang bagi satu je alas an yg kukuh untuk mengatakan kita nie tak perlu ingat kat nabi,kita takperlu cinta nabi.

Sayangnya betapa ramai hari ini lancar di mulut mengatakn “AKU CINTA NABI MUHAMMAD S.A.W”…tetapi dalam pelaksanaan?/kosong.tak ada apa2.cukupkah kita mengamalkan sunnnah-sunnah baginda dgn buat solat ba’diah qabliah untuk membuktikan yang kita cinta kita pada nabi??


Sungguh apa yang kita buat selama ini tak salah,tetapi yang salahnya apabila kita nie dah la amalan2 sunat tak buat,ditambah lagi dgn kita nie rasa malas dan kecewa untuk berdakwah,kita merasakan bahawa kalau kita buat itu dan ini pun bukannya ada orang ikut pun.Kita merasakan cukuplah aku untuk beribadah untuk diri sendiri.


Cube imbas balik,apa tujuan Allah jadikan kita di dunia ini.betapa sering kita dengar ayat2 Allah nie,tetapi kita nie seolah-olah tiada perasaan.

Allah jadikan kita di muka bumi ini untuk beribadah,untuk menjadi hamba Allah yang sebenar benar hamba.

Dan Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat ke 30.Allah jadikan kita di muka bumi ini sebagai khalifah.sebagai pengganti,penyambung warisan nabi Muhammad s.a.w.

Tapi hari ini kenapa kita tak mersakan,tugas yang yang diberikan Allah kepada kita?kenapa?

Sebab kita tak Nampak kehidupan di akhirat nanti,kita tak Nampak kat dalam kubur nanati macam mana..

Apa yang kita akan jawab dihadapan Allah kelak?jika Allah Tanya sudahkah engkau melaksanakan tugas engkau sebagai khlaifah?

Sejauh mana kita yakin yang kita akan dapat menjawab dgn baik dihadapan Allah nanti.

Setakat hari ini, setakat saat ini, belum ada lagi walau seorang manusia yang berjaya berhadapan dengan kematian dengan bergaya, selamat dikebumikan, menetap dalam kubur dua tiga bulan, kemudian check out dan kembali ke dunia, datang kepada kita dan ceritakan apa yang sebenarnya-benarnya berlaku kat sana.

Belum ada.



Kita tak tahu apa yang benar-benar berlaku kat alam sana.
Sebab tu hari ini orang ramai hidup kat dunia dah tak ingat nak mati. Bina kehidupan di dunia seolah-olah nak tinggal di sini selama-lamanya. Seolah-olah tiada lagi kehidupan setelah mati.

Peringatan-peringatan tentang hari kematian sudah semakin jauh.

Dan manusia itu hakikatnya memang pelupa.

Tapi sebenarnya, peringatan telah pun sampai bahkan telah lama sampai, dekat dengan kita. Kita yang menjauh.

Dalam al Quran diceritakan kepada kita;


Sesungguhnya, Kami memberi amaran kepada kamu mengenai azab yang dekat (masa datangnya), - iaitu hari seseorang melihat apa yang telah diusahakannya dan orang yang kafir akan berkata: "Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah ."
An Naba' :40


    kemudian beranggapan Allah sayang mereka, pilih mereka lalu Allah bagi ni’mat, melimpah ruah. Padahal dalam Quran disebut


Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan, “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya akan Aku tambah ni’mat kepadamu, tetapi jika kamu kufur, maka pasti azabKu sangat berat”
(Ibrahim:7)

Dalam ayat di atas Allah tak cakap, jika kamu kufur, Aku akan kurangi ni’mat mu. Tidak. Tapi Allah cakap dgn  azab. Dan ramai la dalam kalangan kita tertipu dengan ni’mat ni’mat ni.

Maka, mari kita refleks diri masing. Sudah cukupkah syukur kita kepada Allah?Apa yang kita dah buat untuk tunjuk dihadapan Allah kelak?


Persoalannya, bagaimana cara nak bersyukur?

Selain daripada meningkatkan ibadah seharian, jaga hubungan dengan Allah, puasa, solat sunat dan segala bagai tu, selalunya cara bersyukur yang kita kita sering terlepas pandang adalah dengan berkongsi ni’mat tadi.

Ni lah sebenarnya antara cara untuk memanifestasikan rasa syukur, yakni dengan berkongsi ni’mat ni’mat tadi.

Pendek kata buat dakwah.


 Hidup untuk memberi.Dengar tu.

 Allah memberi pelbagai nikmat kepada kita,adakah semata-mata untuk diri kita sendiri??
Kalau macam tu mana tanda syukur kita kepada Allah??Kita berasa cukuplah aku ucap Alhamdulillah,cukuplah aku dgn ibadah fardu ditambah lagi dgn ibadah sunat,kita rasa selesa,kita rasa amalan kita amalan yg kita buat cukup untuk kita?

Manusia kat akhirat nanti.xkan masuk syurga nafsi-nafsi,dan takkan masuk neraka nafsi nafsi jugak,

Waktu si polan bin si polan,nk masuk neraka,dia akan salah menyalahkan,Bayangkan selangkah lagi kita nak masuk syurga,tiba2 si polan tarik kita,”weh baqir dahulu kau tak pernah ajak aku untuk solat.kau nmpk aku leka kau biar je aku.Amacam.

Orang yang rezekinya banyak bersyukur dengan memberi sedekah, membayar zakat dan seumpamanya. Orang yang dikurnai kepandaian bersyukur dengan berkongsi ilmu. Orang yang dipilih untuk bernaung di bawah ni’mat tarbiyah wajib bersyukur dengan kongsi ni’mat ini dengan cara tidak lain tidak bukan dengan mentarbiyah orang lain.

Bilakah kita akan betul2 bersama dalam gerabak dakwah ini.bila kita nak start?

Ada yang kata aku tunggu hidayah,lepas tu insyaAllah aku akan buat dakwah.Hidayah bukan untuk ditunggu tapi perlu dicari.


Rata-rata dalam kalangan kita, saya optimis ramai yang sudah disentuh. Sudah di sapa dengan hidayah. Sudah bertemu taufik. Tapi sejauh mana kita kongsi kesemua ni’mat ni dengan orang di sekeliling kita? Sejauh mana iman yang kita tanam itu, mampu berkembang biak menjulang ke langit, memetik kasih dan sayang dari atas lalu menghasilkan buah yang ranum dan dapat dikongsi kepada orang lain?

Ok panjang la pula. Sebenarnya saya nak cakap, tazkirah yang paling ohsem itu kematian. Yang lain pandai-pandai la anda semua kaitkan.

Conclusinya adalah,jadilah hamba yang bersyukur,jom pegang amanah yang diberi Allah sebagai khalifah untuk sambung dakwah para nabi.selalau ingat kepada kematian.hidup di dunia adalah untuk diakhirat.umur kita nie bukan panjang pun,sekitar 60-70 tahun kita akan mati.Yang pastinya hidup kat akhirat itu kekal abadi.




…. “Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga RasulNya dan orang-orang Mukmin, dan kamu akan dikembalikan kepada Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakanNya kepadamu apa yang telah kamu kerjakan”
-At Taubah:105


 Sekian.

Jangan lupa sebelum close tab,jom sama-sama menadah tangan berdoa untuk saudara kita di Mesir sana.

"Allahummansurna islaam walmuslimin wal mujahideen fi mesr."

Ya Allah,bantulah islam,umat umat islam dan para mujahidden di mesir."

Ameen.

Salam.

Senyum.