“Tiada hari yang lebih bercahaya di Madinah,Daripada hari ketika
Rasulullah datang kepada kami. Dan tidak ada hari yang lebih gelap dan muram
daripada saat beliau wafat.” Kata Anas bin Malik.
Hari itu hari agak muram,air keluar berdesas desus dari mata masing2.Dan
seorang lelaki berteriak,membuat Susana makin hiba.
“Sesungguhnya beberapa orang munafik beranggapan bahawa
Rasulullah meninggal dunia!” Kata Umar ibn Khathab.
“Sesungguhnya beliau tidak wafat!”, ia terus berteriak
dengan mata merah berkaca-kaca dan berjalan hilir mudik ke sini ke sana.
‘Umar masih terus berteriak-teriak bahkan
menghunus pedang ketika Abu Bakar datang dan masuk ke bilik
“Allah tidak akan menghimpun dua kematian bagimu. Kalau ini
sudah ditetapkan, engkau memang telah meninggal.” Abu Bakar mencium kening Sang
Nabi. “Alangkah wanginya engkau di kala hidup, alangkah wangi pula di saat
wafat.”
‘Umar masih menghayun pedang ketika dia keluar.
“Duduklah wahai ‘Umar!” Seru Abu Bakar. Tapi ‘Umar yang
bagai kesurupan tak juga duduk. Orang-orang dengan kesedaran penuh mulai
mendekati Abu Bakar dan meninggalkan ‘Umar.
“Barang siapa menyembah Muhammad, maka
sesungguhnya Muhammad telah wafat, tapi barang siapa menyembah Allah
sesungguhnya Allah hidup kekal!”
Katanya berwibawa. Abu Bakar lalu membacakan ayat yang dibaca Mush’ab ibn
‘Umair menjelang syahidnya, saat tubuhnya menghela panji Uhud dibelah-belah dan
tersiar kabar bahwa Rasulullah terbunuh.
“Muhammad itu tidak
lain hanyalah seorang Rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang
Rasul. Apakah jika dia mati atau terbunuh kalian akan berbalik kebelakang? Dan
barang siapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan
mudharat kepada Allah sedikit pun. Dan Allah akan
memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur”
(Ali ‘Imran :144)
Dan banyak sangat riwayat yang menceritakan betapa rindunya nabi Muhammad
s.a.w kepada kita.
Apakah alasan kita untuk tidak mencintai nabi??cube seorang bagi satu je
alas an yg kukuh untuk mengatakan kita nie tak perlu ingat kat nabi,kita
takperlu cinta nabi.
Sayangnya betapa ramai hari ini lancar di mulut mengatakn “AKU CINTA NABI
MUHAMMAD S.A.W”…tetapi dalam pelaksanaan?/kosong.tak ada apa2.cukupkah kita
mengamalkan sunnnah-sunnah baginda dgn buat solat ba’diah qabliah untuk
membuktikan yang kita cinta kita pada nabi??
Sungguh apa yang kita buat selama ini tak salah,tetapi yang salahnya
apabila kita nie dah la amalan2 sunat tak buat,ditambah lagi dgn kita nie rasa
malas dan kecewa untuk berdakwah,kita merasakan bahawa kalau kita buat itu dan
ini pun bukannya ada orang ikut pun.Kita
merasakan cukuplah aku untuk beribadah untuk diri sendiri.
Cube imbas balik,apa tujuan Allah jadikan kita di dunia ini.betapa sering
kita dengar ayat2 Allah nie,tetapi kita nie seolah-olah tiada perasaan.
Allah jadikan kita di muka bumi ini untuk beribadah,untuk menjadi hamba
Allah yang sebenar benar hamba.
Dan Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat ke 30.Allah jadikan kita
di muka bumi ini sebagai khalifah.sebagai pengganti,penyambung warisan nabi
Muhammad s.a.w.
Tapi hari ini kenapa kita tak mersakan,tugas yang yang diberikan Allah
kepada kita?kenapa?
Sebab kita tak Nampak kehidupan di akhirat nanti,kita tak Nampak kat
dalam kubur nanati macam mana..
Apa yang kita akan jawab dihadapan Allah kelak?jika Allah Tanya sudahkah
engkau melaksanakan tugas engkau sebagai khlaifah?
Sejauh mana kita yakin yang kita akan dapat menjawab dgn baik dihadapan
Allah nanti.
Setakat hari ini, setakat saat ini, belum ada lagi walau seorang manusia
yang berjaya berhadapan dengan kematian dengan bergaya, selamat dikebumikan,
menetap dalam kubur dua tiga bulan, kemudian check out dan kembali ke dunia,
datang kepada kita dan ceritakan apa yang sebenarnya-benarnya berlaku kat sana.
Belum ada.
Kita tak tahu apa yang benar-benar berlaku kat alam sana.
Sebab tu hari ini orang ramai hidup kat dunia dah tak ingat nak mati.
Bina kehidupan di dunia seolah-olah nak tinggal di sini selama-lamanya.
Seolah-olah tiada lagi kehidupan setelah mati.
Peringatan-peringatan tentang hari kematian sudah semakin jauh.
Dan manusia itu hakikatnya memang pelupa.
Tapi sebenarnya, peringatan telah pun sampai bahkan telah lama sampai,
dekat dengan kita. Kita yang menjauh.
Dalam al Quran diceritakan kepada kita;
Sesungguhnya, Kami
memberi amaran kepada kamu mengenai azab yang dekat (masa datangnya), - iaitu
hari seseorang melihat apa yang telah diusahakannya dan orang yang kafir akan
berkata: "Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah ."
An Naba' :40
An Naba' :40
kemudian beranggapan Allah sayang mereka,
pilih mereka lalu Allah bagi ni’mat, melimpah ruah. Padahal dalam Quran disebut
Dan ingatlah ketika
Tuhanmu memaklumkan, “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya akan Aku tambah
ni’mat kepadamu, tetapi jika kamu kufur, maka pasti azabKu sangat berat”
(Ibrahim:7)
(Ibrahim:7)
Dalam ayat di atas Allah tak cakap, jika kamu kufur, Aku akan kurangi
ni’mat mu. Tidak. Tapi Allah cakap dgn azab. Dan ramai la dalam kalangan kita tertipu
dengan ni’mat ni’mat ni.
Maka, mari kita refleks diri masing. Sudah cukupkah syukur kita kepada
Allah?Apa yang kita dah buat untuk tunjuk dihadapan Allah kelak?
Persoalannya, bagaimana cara nak bersyukur?
Selain daripada meningkatkan ibadah seharian, jaga hubungan dengan Allah,
puasa, solat sunat dan segala bagai tu, selalunya cara bersyukur yang kita kita
sering terlepas pandang adalah dengan berkongsi ni’mat tadi.
Ni lah sebenarnya antara cara untuk memanifestasikan rasa syukur, yakni
dengan berkongsi ni’mat ni’mat tadi.
Pendek kata buat dakwah.
Hidup untuk memberi.Dengar tu.
Allah memberi pelbagai nikmat
kepada kita,adakah semata-mata untuk diri kita sendiri??
Kalau macam tu mana tanda syukur kita kepada Allah??Kita berasa cukuplah
aku ucap Alhamdulillah,cukuplah aku dgn ibadah fardu ditambah lagi dgn ibadah
sunat,kita rasa selesa,kita rasa amalan kita amalan yg kita buat cukup untuk
kita?
Manusia kat akhirat nanti.xkan masuk syurga nafsi-nafsi,dan takkan masuk
neraka nafsi nafsi jugak,
Waktu si polan bin si polan,nk masuk neraka,dia akan salah
menyalahkan,Bayangkan selangkah lagi kita nak masuk syurga,tiba2 si polan tarik
kita,”weh baqir dahulu kau tak pernah ajak aku untuk solat.kau nmpk aku leka
kau biar je aku.Amacam.
Orang yang rezekinya banyak bersyukur dengan memberi sedekah, membayar
zakat dan seumpamanya. Orang yang dikurnai kepandaian bersyukur dengan
berkongsi ilmu. Orang yang dipilih untuk bernaung di
bawah ni’mat tarbiyah wajib bersyukur dengan kongsi ni’mat ini dengan cara
tidak lain tidak bukan dengan mentarbiyah orang lain.
Bilakah kita akan betul2 bersama dalam gerabak dakwah
ini.bila kita nak start?
Ada yang kata aku tunggu hidayah,lepas tu insyaAllah aku
akan buat dakwah.Hidayah bukan untuk ditunggu tapi perlu dicari.
Rata-rata dalam kalangan kita, saya optimis ramai yang sudah disentuh. Sudah di sapa dengan hidayah. Sudah bertemu taufik. Tapi sejauh mana kita kongsi kesemua ni’mat ni dengan orang di sekeliling kita? Sejauh mana iman yang kita tanam itu, mampu berkembang biak menjulang ke langit, memetik kasih dan sayang dari atas lalu menghasilkan buah yang ranum dan dapat dikongsi kepada orang lain?
Ok panjang la pula. Sebenarnya saya nak cakap, tazkirah yang paling ohsem itu kematian. Yang lain pandai-pandai la anda semua kaitkan.
Conclusinya adalah,jadilah hamba yang bersyukur,jom pegang amanah yang
diberi Allah sebagai khalifah untuk sambung dakwah para nabi.selalau ingat
kepada kematian.hidup di dunia adalah untuk diakhirat.umur kita nie bukan
panjang pun,sekitar 60-70 tahun kita akan mati.Yang pastinya hidup kat akhirat
itu kekal abadi.
…. “Bekerjalah kamu,
maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga RasulNya dan orang-orang
Mukmin, dan kamu akan dikembalikan kepada Yang Mengetahui yang ghaib dan yang
nyata, lalu diberitakanNya kepadamu apa yang telah kamu kerjakan”
-At Taubah:105
Sekian.
Jangan lupa sebelum close tab,jom sama-sama menadah tangan berdoa untuk saudara kita di Mesir sana.
"Allahummansurna islaam walmuslimin wal mujahideen fi mesr."
Ya Allah,bantulah islam,umat umat islam dan para mujahidden di mesir."
Ameen.
Salam.
Senyum.
Jangan lupa sebelum close tab,jom sama-sama menadah tangan berdoa untuk saudara kita di Mesir sana.
"Allahummansurna islaam walmuslimin wal mujahideen fi mesr."
Ya Allah,bantulah islam,umat umat islam dan para mujahidden di mesir."
Ameen.
Salam.
Senyum.
No comments:
Post a Comment