Saturday 21 September 2013

Kenalilah Tuhan Yang Mengujimu.



Assalamualikum.

      Apabila diuji dengan kesakitan, perpisahan, kegagalan, kemiskinan dan kematian… terdetiklah rasa, “apakah Tuhan sayangkan aku? Kenapa aku diuji sebegini berat sekali? ” Subhanallah, saya terasa ingin menjawab rasa hati ini dengan sebuah tulisan yang panjang. Terasa benar-benar terpanggil. Tetapi kerana banyak cabaran dan hambatan, saya mulakan dengan tulisan yang secebis ini… Saya punya rasa malu, bimbang, dan tidak puas jika bersandar kepada akal dan susunan ayat untuk membujuk hati… namun, marilah sandarkan segala harapan dan kekuatan kepada Allah. Yang secebis ini jika diberkati lebih baik daripada selaut yang tidak diredhai. Terimalah tuisan ini sekadarnya.


KENALI TUHAN YANG MENGUJI MU!

Apabila ujian kesakitan, perpisahan, kegagalan, kemiskinan dan kematian datang bertimpa-timpa,  terdetik juga kata di dalam hati, “apakah Tuhan masih sayangkan aku? Kenapa aku diuji seberat dan sekerap begini? ” Subhanallah, tanpa disedari seolah-olah kita sudah mempersoalkan kuasa Tuhan, padahal kita hanyalah hambaNya. Hamba tidak berhak menyoal, sebaliknya akan disoal. Namun, itulah kelemahan manusia. Kita sering alpa dan terlupa.

Paling malang, manusia kerap terlupa bahawa dirinya hamba. Terutamanya ketika diuji. Sebab itu Allah mengajar kita agar mengucapkan kalimah ‘istirja’ setiap kali diuji… Innalillah wa inna ilahihi rajiun, yang ertinya, “kami ini milik Allah, kepadaNya kami akan dikembalikan.” Ya, inilah kalimah yang mengingatkan bahawa kita ini milik Tuhan, Tuhan layak menguji kita dan kita layak diuji.

Jangan sekali-kali menolak apalagi ‘mengamuk’ apabila diuji. Kita hanya hamba…
Namun untuk meringankan kepedihan ujian yang menimpa, hendak kita mengenal Allah yang memberi ujian itu. Kenallah sifat ilmu, kasih-sayang dan belas ihsan Allah yang Maha hebat. Sebagai hamba ilmu kita terbatas, ilmu Allah yang Maha Luas. Kasih sayang kita cuma seraut, kasih sayang Allah selaut. Orang yang mengenal Allah, akan mencintaiNya. Bila sudah cinta, kuranglah derita diuji. Bukankah cinta itu buta?

Orang yang mengenal kasih-sayang Allah punya keyakinan  bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik. Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang, tidak akan memberi sesuatu yang buruk untuk hamba-Nya. Justeru, hamba yang baik tidak akan berburuk sangka terhadap Allah dengan merasakan apa yang ditakdirkanNya (ujian) itu ialah sesuatu yang tidak baik.

Yakinlah bahawa semua ketentuan Allah itu adalah baik. Ujian itu pasti ada kemuslihatan yang tersembunyi untuk setiap kita. Pilihan Allah untuk kita adalah yang terbaik, cuma kita tidak atau belum mengetahuinya. Bila berlaku nanti, barulah kita tersedar, ya Allah mujur Kau takdirkan begitu. Kata arifbillah (orang yang mengenal Allah), “sekiranya kita merasakan kasih sayang Allah itu terpisah apabila DIA menguji kita, itu petanda tumpulnya akal, butanya mata hati.”

Diantara hikmah ujian, seseorang akan dapat menambah tumpuan dan tujuannya untuk menjadi hamba Allah. Yang mana selama ini, jalan itu disekat oleh hawa nafsu.  Sebab ujian bertentangan dengan kehendak, keinginan nafsu dan syahwat manusia. Nafsu yang buas dan liar untuk melakukan maksiat itu tidak suka pada sakit, rugi, miskin dan lail-lain. Lalu apabila diuji,  nafsu itulah yang terdesak, tidak senang dan ingin segera terlepas daripada ujian itu.

Jadi, apabila nafsu terdesak, hati akan dan akal terbuka. Inilah jalan kebaikan, kerana ajakan untuk melakukan kejahatan akan turut tertahan, kerana nafsu itu sangat mengajak pada kejahatan. Ujian itu sesugguhnya akan melemahkankan nafsu, menghilangkan kekuatannya serta batalkan kudratnya. Bila nafsu lemah, manusia tidak akan jatuh ke lembah dosa – mengejar keseronokan dunia sehingga melupakan batasan syariat.

Ujian juga menimbulkan rasa taat kepada Allah. Hati tidak dapat tidak mesti bersabar. Hati akan terdidik untuk redha dan tawakal, kerana Qada dan Qadar-Nya mesti berlaku. Manusia akan lebih dekat dengan agama, kepentingan akhirat, cinta kepada Allah. Hikmah ini walaupun sebesar zarah tetapi apabila melekat di hati kebaikannya lebih tinggi dari amal lahiriah walaupun sebesar gunung. Inilah kebaikan di sebalik kepahitan ujian.
 Justeru, Allah berfirman:
“…Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan sesuatu itu merosakkan kamu. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak tahu.” (Surah Al Baqarah : 216).

Dengan ujian juga, Allah ‘membersihkan’ kotoran hati manusia. Ujian itu menghapuskan dosa dan kesalahan terhadap Allah seperti bahan pencuci membersihkan kain yang kotor. Nabi Isa pernah berkata, “belum dikatakan seorang itu kenal Allah, sebelum dia bergembira dengan musibah dan penyakit ke atas dirinya, kerana berharap supaya dihapuskan kesalahannya.”

Bila kita benci dengan ujian, ertinya belum kenal Allah dan (kerana) tidak faham itulah cara (kaedah) Allah mengampunkan dan membersihkan dosa-dosa kita. Ya, seolah-olah orang yang yang benci diuji itu tidak suka dibersihkan daripada dosa-dosa atau apakah dia merasa tidak berdosa?  Sebaliknya, apabila kita gembira (menerima dengan baik) ujian itu, kerana yakin bahawa yang datangkan ujian itu juga daripada Allah. Kita bukan sahaja berikhtiar (berusaha) untuk menghilangnya tetapi juga berusaha untuk mendapatkan hikmahnya.

Rasulullah SAW bersabda, “barang siapa yang dikehendaki Allah pada orang itu kebaikan, maka Allah akan cuba dengan ujian-Nya.” Jadi, bila diuji, terimalah dengan baik dengan mencari hikmah-hikmahnya kerana tidak ada takdir Allah yang tidak ada hikmahnya. Orang soleh bila diuji, hikmah-hikmah ujian akan mendekatkan mereka kepada Allah.Tapi bagi anti diuji,  tidak akan dapat melihat hikmah kerana akal dan hatinya melihat sesuatu hanya selari dengan hawa nafsunya sahaja.

Ingatan para hamba kepada Allah akan bertambah dengan ujian-Nya. Itu petanda Allah pilih dia untuk diuji. Dan bila diuji, bertambah pulalah ingatan hamba Allah kepada Allah. (Oh… Allah ingat lagi padaku). Oleh itu, tiada jalan keluar melainkan lakukanlah tiga langkah ini apabila kita diuji:

I) Kuatkan iman, pupuk kesabaran, mantapkan keyakinan menghadapi ujian itu dengan segera mendekatkan diri kepada Allah. Apabila Rasulullah SAW ditimpa masalah, baginda akan terus bangun mendirikan solat dua rakaat. Baginda tidak melihat masalah yang besar tetapi cepat-cepat merujuk kepada Pemberinya – Allah Maha Besar. Masalah kita mungkin besar tetapi Allah yang memberinya jauh lebih besar. Justeru, segeralah ‘mencari’ Allah sebelum mencari yang lain-lain apabila ditimpa ujian.

II) Cuba serapkan rasa di dalam hati Kehendak (pilihan) Allah mengandungi hikmah yang baik jika diterima penuh keinsafan dan kesabaran. Yang penting apa yang berlaku ‘di dalam hati’ kita, bukan apa yang berlaku diluar diri kita. Allah berikan yang pahit, jadikan ubat. Allah berikan yang pedih, anggaplah itu pembedahan jiwa untuk mengeluarkan penyakit-penyakit hati kita. Ya, jika limau yang kita dapat masam… buatlah air limau, kata orang yang bijaksana.

III) Berbaik sangka dengan Allah dengan cara menyedari (mencari) hikmah. Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untuk kita. Bila baik sangka kepada Allah, maka kita akan bertambah hampir kepada-Nya. Apabila hampir kepadanya… insyaAllah semuanya akan baik-baik belaka. Bukankah DIA Tuhan yang Maha Baik?

Ya, Allah timpakan ujian yang besar, untuk ‘membesarkan’ kita. Ingat itu. Justeru, ahli yang bijaksana sering berkata…Pemimpin yang besar itu dikenali melalui ujian yang dihadapinya. Semakin besar tahap kepimpinannya, maka semakin besarlah ujian yang Tuhan sediakan untuk ‘membesarkan’ lagi pengaruh kepimpinannya.


Dan setiap kita adalah pemimpin… sekurang-kurang pemimpin buat diri sendiri. Jadi, kita pasti diuji! Justeru apabila diuji jangan katakan, “apakah aku tersisih?” Sebaliknya, katakan, “aku sudah terpilih!”

-P.A.J-




Senyum semua.
Siapa masam muka,maka dia belum mandi.hehe.

Ok juz kidding.

Salamunalaikum.

Sekian.

Saya sayang semua umat Nabi Muhammad s.a.w.


Wednesday 11 September 2013

Lessons From Surah ar-Rahman


Assalamualikum.

Juz wanna share.

Read and fell it.

Allahu rabbi.I'm touched.

:")

Bismillah



Lets start.


Lesson From Surah Ar-Rahman.

oleh:Ustaz Nouman Ali Khan.



Baru-baru ni, Ustaz Nouman Ali Khan datang ke KL. Nampak ramai kawan-kawan di fb pergi. Semua pun cakap best (termasuk Wardina!). Alhamdulillah.

Apa yang best tentang Ustaz Nouman Ali Khan ni, dia punya english sangat simple dan mudah saja nak faham apa yang diceritakan. Selamba dan cool (oh, dia dari US btw).

Dalam lecture tersebut, dia hanya sempat jelaskan tentang ayat 1 hingga 3 sahaja daripada Surah ar-Rahman yang ada 78 ayat.

Surah ini unik (buka al-Quran sekarang kalau nak lagi percaya hehe), sebab dalam surah ini, Allah ulang satu ayat ini sebanyak 31 kali!

Ini ayatnya:

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"

*****

Ustaz Nouman kata, surah ini turun antara zaman peralihan Mekah ke Madinah. Dan Allah turunkan surah ini ke atas orang-orang musyrikin Mekah yang masih degil (stubborn).

Dah bertahun-tahun Rasulullah berda'wah kepada mereka, tapi semakin lama, mereka semakin degil dan melampaui batas. Mereka memperlekehkan dan memperolokkan Rasulullah.

Kata Ustaz Nouman, macam seorang bapalah, kalau dia nak panggil anaknya makan, tak cukup sekali. Terpaksa si bapa itu tadi panggil berkali-kali, barulah si anak mahu menurut kata bapanya.

Begitulah, dengan penuh kasih sayang, Allah ulang dan ulang ayat-ayat-Nya kepada musyrikin yang degil itu.

*****

Apa yang menarik, bila Ustaz Nouman mula kupas perkataan 'ar-Rahman'. Kenapa Allah perkenalkan diri Dia sebagai 'ar-Rahman'?

Kata Ustaz Nouman, selama ini kita mungkin 'underestimate' perkataan 'ar-Rahman'. Apa yang kita tahu, ar-Rahman itu maksudnya 'Maha Pemurah' (The Most Merciful).

Tapi, 'direct translation' ini tidaklah menggambarkan hakikat sebenar sifat Allah 'ar-Rahman'.


Lalu, Ustaz Nouman pun menceritakan bagaimana perkataan 'ar-Rahman' itu berasal daripada perkataan 'ar-rahma'. Salah satu maksud 'ar-rahma' ialah 'rahim ibu (womb)'.

Cuba kita teliti keadaan baby di dalam rahim ibu.

Dalam rahim ibu, baby itu dijaga dengan penjagaan yang terbaik oleh si ibu.

Hubungan antara ibu dan baby itu sungguh ajaib!

Baby yang berada dalam perut tidak kenal pun si ibu tetapi si ibu kenal siapa di dalam perutnya.

Si ibu amat menyayangi dan menjaga baby itu dengan penuh perhatian walaupun baby itu langsung tidak kenal akan ibunya.

Begitulah sifat 'ar-Rahman', apabila Dia menyatakan Dia adalah 'ar-Rahman', Dia sebenarnya menyatakan bahawa:
- Dia Maha Penyayang ke atas kita, Dia sangat mengambil berat tentang kita, dan Dia Tahu bahawa kita ini sangat halus dan perlu dijaga dengan amat rapi.

Begitulah Allah, ar-Rahman ke atas makhluk-Nya sebelum kita kenal Dia lagi. Sebelum kita lahir, ketika kita dilahirkan kemudian membesar, segalanya Dia cukupkan untuk kita tanpa perlu kita meminta kepada-Nya.

(tangan, kaki, mata, jantung, oksigen, pokok dan haiwan untuk dimakan, dll)

*****

Kata Ustaz Nouman lagi, apabila kita baca perkataan 'ar-Rahman', ia seharusnya menjadikan kita berfikir, "Bagaimana Allah menunjukkan sayang-Nya kepada aku pada saat ini? Bukan esok, bukan nanti tapi kini"

Lihat sahaja pada hidup kita hari-hari yang dikelilingi masalah. Masalah kerja, masalah dengan anak, masalah ibu bapa, dan macam-macam lagi masalah - kita memikirkan masalah LEBIH BANYAK daripada kita fikir tentang ALLAH AR-RAHMAN...

...dan berapa banyak masalah yang Allah dah keluarkan kita daripadanya?

*****

Seterusnya, Ustaz Nouman membawa kita kepada ayat terakhir Surah Ar-Rahman di mana Allah telah memuji nama-Nya:

"Maha Suci nama Tuhanmu, Pemilik Keagungan dan Kemuliaan"

Apa pengajarannya kepada kita?

Kata Ustaz Nouman, jika kita melakukan sesuatu perkara itu kerana/dengan nama Allah ar-Rahman, maka kita akan beroleh barakah.

Barakah itu pula ialah sesuatu yang 'sentiasa tumbuh dan berkembang, lebih daripada jangkauan'.


Maksudnya, bila kita buat sesuatu dengan nama Allah ar-Rahman, ganjaran daripada Allah itu sangat besar dan akan bertambah-tambah.

Jadi, insyaAllah kalau kita buat apa pun dengan nama Allah, kita tak akan rugi (walaupun kelihatan tak berapa memberangsangkan di mata manusia).

*****

Akhir sekali, Ustaz Nouman kata, disebabkan ayat ini, orang muslim seharusnya bersikap optimis dan takkan pernah pesimis!

Al-Quran bukan buku yang nak "mengharamkan itu ini", bukan juga buku untuk "ustaz-ustazah sahaja", dan bukan buku yang "nak menghukum sahaja".

Tapi, kalau kita fahami al-Quran, kita akan nampak bahawa Allah turunkan al-Quran ini sebagai tanda kasih sayang-Nya kepada kita.

Kata Ustaz Nouman, "The Quran is an act of Allah's LOVE"

Jadi, mesej terakhir daripada Ustaz Nouman, "build your relationship with al-Quran" - bina hubungan dengan al-Quran dan fahami maknanya agar kita merasa kasih dan sayangnya Allah kepada kita.

Pesan Ustaz Nouman, kita buat perlahan-lahan, mula sikit-sikit untuk kenal dan baca al-Quran. Tak perlu terburu-buru dan tergesa-gesa, Rasulullah pun ambil masa 23 tahun untuk Allah mengajarkan al-Quran kepada baginda.

Berusaha fahami al-Quran, semoga menjadi orang yang beruntung!

Semoga Allah memberkati Ustaz Nouman Ali Khan atas ilmu yang dikongsikan.

Allahu'alam.


Fell it?

Allah thanks a lot.


:")






Salamunalaikum.

Thursday 5 September 2013

Kulit Hitam Kurang Manis.


Orang selalu pesan, bersyukurlah, jadi saya tanya balik, apa maksud bersyukur?, jawab mereka: Syukur bermaksud kita berterima kasih kepada Allah..


Asslamaulaikum.muqaddimah baru.


Dipendekkan cerita,Kelmarin,usai membeli kasut,saya duduk di bangku yang disediakan di tempat menunggu bas .Dan sudah tentu saya sedang menunggu bas untuk pulang...

 





Krik Krik Krik...beberapa ketika.


Datanglah seorang lelaki yang berkulit hitam kurang manis.Tangannya memegang kad seakan-akan passport.Sambil meangkat tangannya,"ASSALAMUALAIKUM BANG"


"Err,Errr.."Waaalai...Lamm"..tak penuh saya jawab.hanya jawab WAALAI..LAM je.bukan apa,fikiran masih ragu2,eh org kulit hitam kurang manis dan berkacang merah di dahi ni beri salam dekat aku,bolehke aku jawab penuh?.hmmm..

Krik Krik Krik again.....

Matanya menembusi mata saya,lalu bila nak jatuh ke hati saya terus menepisnya.Gelagat seperti ninja.

"Assalamualikum bang,maaf ganggu,saya muallaf baru masuk islam 2 bulan yang lepas."

"Ohhh.."hatiku bermonolog

"Waalaikumussalamwarahmatullahiwabarakaatuh.Ya pakcik kenapa pakcik?ada apa2 saya boleh bantu."Cehh takdalah skema macam tu saya ckp kat pakcik tu.Err..

Camni bang,saya hari ini baru keluar hospital(sambil menunjukkan kad hospitalnya kepada saya),saya nak balik ke rumah.Saya dah menunggu bas dari tadi,tapi bas ada..dah 3 4 buah dah,tapi saya je yang takda duit.

Ohh..pakcik nak berapa ringgit cik?pakcik nak balik ke mana?

Pakcik nak 3 ringgit bang,pakcik nak balik ke jasin.

Seluk2 poket,keluarkan beg dompet saya.tengok2 saya memang ada hanya 3 ringgit cukup2.kebetulan saya juga hendak pulang ke rumah,tambang saya pun betul-betul 3 ringgit.

"Oklah pakcik,nah 3 ringgit,pakcik amik ea.jgn merayau pergi tengok wayang pulak."

"Terima kasih ea bang.Maaf tau menyusahkan abang.Abang jangan marah saya tau."

Kini pandangan dia sudah saya ambil dan masukkan dalam hati.Ya rabb,orang ni baru masuk islam,hati dia ni suci lagi bak kain putih.Saya?Nanges.



"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".[SURAH IBRAHIM,7]

Terus ayat ni terlintas di fikiran saya.

Monolog hai saya berkata"Mad yakin mad dengan janji Allah".

Fikiran buntu nak pulang ke rumah macam mana.Jam menunjukkan pukul 12 tgh hari.Perut terasa lapar sangat.Dahaga.

"Erm kalau macam ni nak tak nak,kena tunggu bapak aku pulang ke rumah,dan suruh dia amik aku,dalam pukul 6 petang macam tu baru boleh amik rasanya.Tapi kalau aku suruh bapak amik,memag kena marah lah sebab jauh jugak,tambah dengan penat bapak lagi..hmmmm"


Duduk sekejap.Tenangkan hati.


Tengok balik dompet,mana tahu ada duit terselit ke.memang saya bawak duit cukup2 je,sebab takut bila saya bawak duit lebih,saya akan belanja mengikut kemahuan bukan keperluan.Hanya sekeping ic,ada satu kad atm bsn.Yang lain semua ditinggalkan di rumah.

Belek-belek dompet saya,amik kat atm bsn.Saya yakin sepenuhnya dalam akaun bsn saya dah memang takda duit dah,saya dah habiskan ketika di matrik dulu.

Hati terasa nak pergi cek baki,mana tahu kerajaan terlebih masukkan elaun matrik saya.Mana tahu ada RM250.hehe..


Kaki berjalan pergi mencari atm bsn di sekitar kawasan tu..

"Erm makcik kat sini ada atm bsn tak?"
"Ohh ada ada..adik terus je,pastu belok kanan.Aaa kat situ ada atm bsn"
"Ok,terima kasih ea makcik."

Senyum.Aku mengambil step.Berlari seratus meter.Ready Set Go!!!!Wei semua bukak ruang untuk gua...K gurau.

Dipendekkan cerita jumpa jugak atm bsn.Alhamdulillah.

Dah cucuk kad,pastu dia(atm) kata "Your card CAN'T BE ACSESS,NAH AMIK BALIK!!"
"Err,.ok aku cuba lagi sekali,kali ni baca Bismllah dahulu."

Last2 cucuk dan atm tu kata"AA DAH BOLEH CEK DAH KAD KAU NI,CEPAT PILIH KAU NAK YANG MANA?"

ok,aku pilih "pertanyaan baki",tiba2...saya tersungkur jatuh.takpun sebenarnya,.memang dalam atm saya tu tiba2 je ada RM....erm,tak yah tahu..memang bnyk la malah melebihi keperluan saya.Sebelum ni memang saya yakin,dalam kad saya tu memang dah takda duit.serius.yakin sangat.

Saya membuka spec,pastu gosok2 mata.Amik baju sendiri lap kanta spec saya.Pakai balik.

Memang betul.tak sangka sungguh.Entah mana ceruk duit ni masuk dalam akaun saya.Alahamdulillah bersyukur sangat2.

Dipendekkan cerita,saya pun makan dan balik ke rumah.

                                      **************************

So apa yan nak disampaikan kat sini,kita kena YAKIN dengan janji Allah.Tengok surah Ibrahim,ayat 7 tadi.Allah kata apa?

Orang selalu pesan, bersyukurlah, jadi saya tanya balik, apa maksud bersyukur?, jawab mereka: Syukur bermaksud kita berterima kasih kepada Allah..
Meh nak cakap sikit, syukur bukan setakat berterima kasih kepada Allah, contohnya andai kata kita tiba tiba jadi kaya raya, lalu ucap, saya bersyukur kepada Allah, sedangkan duit yang banyak tu kita simpan dalam bank tanpa bayar zakat atau sedekah, maka pada waktu itu, kita nampak macam bersyukur, tapi syukur kita tu hanya di bibir kerana kita sebenarnya kedekut. Makan lolipop song-song.
Syukur jika merujuk kepada orang kaya, selain mengucapkan lafaz: Alhamdulillah, perlulah di kongsi akan nikmat itu seperti membayar zakat atau membantu mereka yang lemah, itulah maksud syukur bagi orang kaya. Bukan syukur dapat duit pergi disko, bila balik rumah tidur sambil berdengkur. Huh.
Atau nak bagi mudah faham, Maksud syukur adalah keinginan untuk berkongsi nikmat dengan orang lain. Itu contoh syukur merujuk kepada orang kaya, sekarang nak tanya, apa maksud syukur bagi orang beriman?



apa?tahu?nak tahu?

in syaa Allah saya akan sambung dalam episod akan datang.

Sebelum tu,nak pesan,kita jangan takut nak besedekah.seriuus.Tiada dalam sejarah orang yang selalu bersedekah jatuh muflis.TAKDA.TIADA,.tahu?

Hatta kita dah takda duit sekalipun,atau duit cukup2 je.Bagi je.

Dan yakin.Allah akan bayar kelak.tak di dunia pun di akhirat kelak.

Ok,salam jumaat semua.Janga lupa bawak duit pergi masjid bagi yang lelaki.Sedekah bebanyak sikit hari ni.:)

Eh yang muslimat sana tu,jgn lupa al-kahfi..eh muslimin pun.

Senyum.

Tenang berada di bawah rahmat Allah.

Sollu ala Nabi.

Salamun alaikum semua.

:)