Monday 20 February 2012

Belajar daripada Ikan

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
Alhamdulillah..(secara tak langsung antum dah bersyukur kan?)

sebelum antum bace blog ni..cube angkat kedua-dua hujung bibir..mcm nie..:)
aaa...kan hensem 2 senyum..x nk la masam2..

Belajar daripada ikan.Ikan di dalam laut tidak masin,walaupun air laut di sekelilingnya masin.Tapi apabila ikan yang sama dinaikkan ke darat,disiang dan dibersihkan,secubit garam pun boleh memasinkannya.

"Apa bezanya ikan di laut dan ikan di darat?"

"Ikan di laut masih hidup,ikan di darat dah mati.Begitulah kita kalau hati kita hidup,kita tidak akan dipengaruhi .Tapi bila hati kita mati...."

"Bagaimana hati boleh hidup?Bagaimana hati boleh mati?"

Hidupnya hati itu kerana tiga perkara:

-Zikrullah
-Zuhud dengan dunia-dunia dgn akhirat seimbang
-Berkawan dgn orang-orang yg soleh.

Matinya hati sebab:

-Hubbud dunia(kasihkan dunia)
-Lalai mengingati Allah
-Membanyakkan makan dan menjatuhkan badan kearah kemaksiatan.

Nak tahu tanda-tanda hati mati klik sini

Macam pendek kan?..mmg lah kalau tulis panjang2 bukan korang nk bace pun.."

So,belajarlah daripada ikan ye..sesungguhnya ikan itu sangat sedap dimakan..lagi2 kalau dibakar..pastu cicah air asam...peehhh,meleleh air liur..(x de kene mengena).Sekian sahaja daripada saya..wabillahit taufiq wal hidayah..wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..(macam syarahan dah).

"Apabila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan,itu petanda Allah sedang didik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan.Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia"

 *nantikan episod akan datang.."Belajar daripada semut".

apa pandangan anda tentang tulisan ana yang pertama nie?comment la ckit,,jgn la malu2..:)

 

Tanda-tanda Hati Mati..Nau'zubillah

                                                        

1. Kita tahu Allah itu ada, tapi tidak menunaikan perintahNya. Kita meninggalkan solat, puasa, zakat dan sebagainya.

2. Tidak beramal dengan kitab Al-Quran. Kita tak baca al-Quran, buat perhiasan je atas rak sampai berhabuk-habuk. Ketahuilah, sehari kita meninggalkan al-quran maka seminggu al-quran akan meninggalkan kita. alau seminggu kita tinggalkan al-quran, sebulan pula dia akan meninggalkan kita. Kalau setahun kita meninggalkannya?

3. Mengikut kehendak iblis, walaupun sudah tahu ia musuh kita. Kan iblis dah kata dia akan sesatkan anak Adam sampai kiamat.

4. Tidak beramal dengan sunnah Rasulullah s.a.w.. Untungnya kita mengukut sunah Rasulullah, secara tak langsung dapat membersihkan hati kita dari kegelapan. 

5. Tidak berusaha membuat amal kebajikan untuk mendapat syurga. Tak pun melengah-lengahkan sesuatu kebaikan yang nak dibuat. Last-last lupa terus.

6. Kamu bencikan neraka tapi kamu tidak meninggalkan perbuatan dosa. Kita tahu arak itu haram, tapi kita minum juga. Kita tahu membuka aurat itu dosa, kita buat juga. Kita tahu mininggikan suara kepada ibubapa itu berdoa, tapi kita buat juga. 


7. Kita tahu mati itu benar, tapi kita tidak bersedia untk menghadapi mati. Leka dengan nikmat duniawi sehinggakan terleka bahawa ianya hanya sementara.

8. Kita sibuk nak cerita tentang keaiban orang lain sehingga kita lupa keaiban diri sendiri. Dok buat ketupat hari-hari dengan kawan-kawan  Ketahuilah wahai sahabat-sahabatku, umpatan itu ibarat memakan daging manusia.

9. Kita makan rezeki Allah s.w.t tapi kita tidak mensyukurinya. Bahkan ada dikalangan kita yang masih merungut dengan nikmat yang telah Allah bagi. Tahu tak bahawa ramai manusia di luar sana mati kebuluran sedangkan kita di Malaysia ni terlebih-lebih makanannya..?

10. Kita mengkebumikan jenazah saudara kita tapi kita lupa nak ambil iktibar daripadanya. Saat tu je insaf, lepas habis majlis pi enjoy semula. Jika ditakdirkan Allah nak ambil kita hari ni, apa yang kita nak bawa jumpa pi Dia?


Dah tahu?Alhamdulillah..sama-samalah kita berdoa agar dijauhkan daripadanya.