1. Kita tahu Allah itu ada, tapi tidak menunaikan perintahNya. Kita meninggalkan solat, puasa, zakat dan sebagainya.
2.
Tidak beramal dengan kitab Al-Quran. Kita tak baca al-Quran, buat
perhiasan je atas rak sampai berhabuk-habuk. Ketahuilah, sehari kita
meninggalkan al-quran maka seminggu al-quran akan meninggalkan kita.
alau seminggu kita tinggalkan al-quran, sebulan pula dia akan
meninggalkan kita. Kalau setahun kita meninggalkannya?
3. Mengikut kehendak iblis, walaupun sudah tahu ia musuh kita. Kan iblis dah kata dia akan sesatkan anak Adam sampai kiamat.
4.
Tidak beramal dengan sunnah Rasulullah s.a.w.. Untungnya kita mengukut
sunah Rasulullah, secara tak langsung dapat membersihkan hati kita dari
kegelapan.
5.
Tidak berusaha membuat amal kebajikan untuk mendapat syurga. Tak pun
melengah-lengahkan sesuatu kebaikan yang nak dibuat. Last-last lupa
terus.
6.
Kamu bencikan neraka tapi kamu tidak meninggalkan perbuatan dosa. Kita
tahu arak itu haram, tapi kita minum juga. Kita tahu membuka aurat itu
dosa, kita buat juga. Kita tahu mininggikan suara kepada ibubapa itu
berdoa, tapi kita buat juga.
7.
Kita tahu mati itu benar, tapi kita tidak bersedia untk menghadapi
mati. Leka dengan nikmat duniawi sehinggakan terleka bahawa ianya hanya
sementara.
8.
Kita sibuk nak cerita tentang keaiban orang lain sehingga kita lupa
keaiban diri sendiri. Dok buat ketupat hari-hari dengan kawan-kawan
Ketahuilah wahai sahabat-sahabatku, umpatan itu ibarat memakan daging
manusia.
9.
Kita makan rezeki Allah s.w.t tapi kita tidak mensyukurinya. Bahkan ada
dikalangan kita yang masih merungut dengan nikmat yang telah Allah
bagi. Tahu tak bahawa ramai manusia di luar sana mati kebuluran
sedangkan kita di Malaysia ni terlebih-lebih makanannya..?
10.
Kita mengkebumikan jenazah saudara kita tapi kita lupa nak ambil
iktibar daripadanya. Saat tu je insaf, lepas habis majlis pi enjoy
semula. Jika ditakdirkan Allah nak ambil kita hari ni, apa yang kita nak
bawa jumpa pi Dia?
Dah tahu?Alhamdulillah..sama-samalah kita berdoa agar dijauhkan daripadanya.
No comments:
Post a Comment