Friday 14 June 2013

ASHABUL UKHDUD.

Dzoharoddiinul muayyad bidzhuhuurin nabi ahmad...

ya hana na bimuhammad..dzalikal fadhlu minallah..

Ya hanana..ya hananana..ya hanana..~  ~ ~ ~

ok suare tak sedap..tutup muka.

Alhamdulillah,lama tak menulis.lama sangat last 2012 kot.sebab,tak pandai pun menulis,belagak pandai je..:p

Bila tengok post2 lama macam lawak je..betul ke aku yg tulis??huhu..tapi takpe,simpan buat tatapan anak aku kelak.

Ok hari ini saya nak cerita,mungkin kita pernah dengar,tapi kita ulagkaji la ea,sepertimana kita asyik ulangkaji cerita P.Ramlee tu,jadi cerita Al-Quran ni bende yang perlu diulang ulang,sebagaimana Allah paling banyak ulang dalam Al-Quran kisah perjuangan nabi musa a.s,dengan sebab betapa susahnya perjuangan Nabi Musa berhadapan dengan firaun,betapa degilnya bani Israel,supaya kita ingat.

Ashaabul Ukhduud.

erm,sebelum tu,cube amik tafsir masing2,baca ayat surah Al-Buruj,ayat 1 hingga 8...erm..Dah?..dah?...dah?...dah ke belum?..tak baik tau tipu...ok.Tafsiran dia dah baca belum?..nak faham cerita ni kene bace.Hehe.:)

"Akhi2,ana takde tafsir Al-Quran la,jauh nak amik"..
"Hmmm..ok2 nah amik ni,"hope nampak.yg dah amik tafsir tu kesian,sape suruh gi amik jauh2.padan muka."hihi.




                                                                ***************

          Satu hari Nabi s.a.w lepas sembahyang asar,nabi duduk,kemudian nabi bercakap sorang2,jadi sahabat pun perhatilah,"Eh Nabi cakap mende sorang2",lepas tu tak berapa lama,sahabat bertanya kepada Nabi:
              
         `Ya Rasulullah,kami tengok dah beberapa hari dah selepas asar,baginda macam bercakap sorang2,baginda buat apa tu?'
 
          Nabi pun bercerita begini katanya,Aku terkenang di zaman dulu ada seorang Nabi,nabi ni dia ada raamai umat dia,dan umat dia ni baik belaka,jenis tak melawan.Nabi tu kata,sembahyang,umat dia pun sembahyang belaka,nabi tu kata gotong royang,umat ni pun gotong royong belaka,nabi tu kata jom demonstrasi,pakat pergi demonstrasi belaka.Jadi bagusnya lah,umat Nabi ni tak banyak songeh,ikut je apa yang disuruh.
   
           Entah macam mana takdir Allah,Nabi ni timbul perasaan dalam hati dia,dia kata,"Ya Allah,tidak ada umat lebih baik daripada umat aku.umat akulah yang paling best of the best.Terperasan macam tu dalam hati dia.

             Lalu Allah s.w.t berfirman,wahai hambaKu,sesungguhnya kau ni telah sombong,umat kau bukan umat yang terbaik,jadi sebagai balasannya,aku akan balakan umat engkau dengan 3 perkara.
    
           Padahal umat nabi ni baik2 belaka,ikut je arahan,tetapi dengan sifat sombong dan takabbur,lalu Allah tegur.Lalu Nabi ni panggil umat2 dia,dia punya exco2 tu panggil belaka,buat meeting tergempar,Nabi pun kata,`aku pun minta maaf,baru2 ni aku tersilap,aku perasan krang paling bagus,lepas itu Allah marah aku,Allah kata dengan sebab perasan kau tu,Aku nak bala umat kau dengan 3 perkara,pilih satu antara 3 perkara ni,yang pertama,Aku akan turunkan bala daripada langit untuk hancurkan umat kau,yang kedua,Allah taala akan menghantar musuh,menyerang umat kau,mati belaka,yang ketiga,Allah matikan semuanya begitu sahaja,tanpa bala tanpa datang musuh'

            Umat2 ni,dia dengor je belaka,dia kata apa,wahai Nabi,kami terimalah yang ketiga,biorlah kami mati belaka begitu sahaja.Punya bagusnya umat ni,dia tak sound Nabi tu,`Ek eleh,tah pape lah kau ni,kau punya pasal lah kitorang kene'..dia tak kata,`Sepatutnya kau tak yah lah fikir pelik2,tengok tak pasal2 kitorang kene bala'..tapi bagusnya umat ni,sampai kena bala sekalipun,dia kata kami redha.aaa macam tu.Lalu Allah taala pun turunkan kematian pada umat Nabi ini,maka pada hari itu seramai 70 ribu umat telah dimatikan.

               Dan selepas nabi cerita nabi berkata,`Ya Allah kerana engkau aku berjuang,kerana engkau aku berjihad,tidak ada daya upaya,kecualai daripada engkau ya Allah'..Jadi moral of the story dalam cerita ni,Nabi bimbang,umat nabi yang paling ramai,yang paling hebat,nabi Muhammad bimbang yang baginda pun ada timbul,`umat aku paling terbaik'.Nabi bimbang macam tu,maka nabi pun memperbaharui niat,buat kerja hanya kerana Allah s.w.t.

               Dalam cerita umat terbaik ni,Nabi pun sambung ceritanya,.cerita apa?aa,cerita yang saya baru nak cerita ni,aaa,tadi tu baru intro,ni baru nak start ni aaa.Jap2,korang boleh tahan tak nak sambung baca ni,erm.,.tengok muka sorang2 lain macam je.

                                                                   *******************
       
           Ceritanya,Rasulullah s.a.w ada sebut dalam hadis yang lain.Jadi kalau nk tengok cerita ni,tengok kat surah Al-Buruuj.Cerita ni dalam kitab Riyadus Soolihin.Nabi kata;daripada Suhaib abuumi r.a,di zaman dahulu ada seorang pemerintah,seorang raja,dan raja ini mempunyai seorang tukang sihir.

             Suatu hari tukang sihir ni bertemu dengan raja ni untuk bercakap sesuatu hajat..Kalau korang nak tahu,dulu sesiapa nak rapat dengan pemerintah,dia mesti pandai ilmu sihir,macam pada zaman Nabi Musa,firaun kata pada ahli sihir,korang kena lawan Nabi Musa a.s,mereka pun bertanya,kalau kami menang apa yang kami dapat?Firaun pun menjawab,korang akan menjadi kroni2 aku,nanti nk dapat tender,nak dapat projek senang takde masalah.

             Suatu hari ahli sihir ni jumpa raja,dia pun kata,wahai raja,aku ni semakin hari semakin tua,makin tak larat,so aku nak cari pengganti untuk mewarisi ilmu sihir aku ni.Maka aku harap,aku nak engkau carikan aku seorang budak yang paling pandai dalam negeri ini,untuk aku ajarkan dekat dia ilmu sihir.

            Lalu raja ni pun mengarahkan supaya mengeluarkan iklan,promosi,mana2 budak yang paling cerdik di dalam negeri ini dihantar ke istana untuk dibuat saringan untuk dapat biasiswa belajar ilmu sihir.Lalu dia hantar la budak2 yang dapat upsr 5A,4A,spm 11A,dan budak2 best student ni ke istana.Lalu takdir Allah,ada seorang budak yang sangkut.

          Lalu budak ni pun diajar ilmu sihir dekat istana.Takdir Allah,dari sehari ke sehari budak ni belajar ilmu sihir,satu hari budak ni,masa dia nak pergi belajar,dia ikut jalan lain tau,mungkin jalan biasa tu ada roadblock ke,jem ke,wallahu a'lam.Masa dia ikut jalan tu,dia berjumpa satu pondok,dia tengok dalam pondok ni ada seorang tua,rahib yang sedang beribadat.

         Budak ni pun tanya dekat orang tua ni,pakcik ni buat apa kat sini?orang tua ni pun kata aku beribadat.Sebab siapa?,jadi orang tua ni kata,sini2 dekat dengan aku,aku nk bisik ni,bahaya2 kat luar tu,sb banyak kat luar,then orang tua ni kata,"Wahai budak,dalam negeri ini,aku sorang sahaja yang menyembah tuhan yang sebenar".Budak tu kata,`eh bukan raja tu tuhan?semua orang sembah dia'.
         Orang tua ni pun menjawab,eh raja tu bukan tuhan,dia hanya manusia biasa.Budak tu pun kata`abis siapa tuhan yang sebenar?'....Orang tu pun kata,..ALLAH.

         So budak ni pun mulalah belajar dengan si Rahib ni,secara senyap2.Takdir Allah,budak ni minat belaja agama.Jadi sekarang ni,budak ni ada dua kelas tuisyen,satu tuisyen sihir,satu lagi tuisyen agama,menyebabkan bila dia belajar agama,dia menjadi lewat untuk pergi belajar sihir.

        Satu hari,ahli sihir ni tanya budak tu,`kau kemana?aku tunggu kau,janji kelas pukul 8.tapi kau pukul 10 baru kau sampai,kau pergi merayap mana?"..so budak ni pun tak berani cakap apa2.`aa..aaa...aaa'.Nak dikatakan bila dia lewat ke istana,jadi dia sampai ke rumah pun lewat jugak.Mak dia pulak membebel,marah kepada si budak ni.

        Last2,budak ni pun amik keputusan,jumpa tok guru ni,dia kata`Tok guru,saya ni nak sangat belaja ni,jadi saya lewat pergi belaja sihir,jadi ahli sihir marah dekat saya,saya balik rumah pun lewat,mak abah marah.so saya nak jawab apa?'...jadi tok guru ni pun kata,`Gini lah,nanti karang kata kat tukang sihir tu,yang awak ni dah keluar awal dah,tapi mak suruh buat kerja.Dan kalau kau balik rumah,mak kau tanya,kau gi mana balik lewat,jawablah dekat mak kau yang hari ini kau belajar banyak bab,tukang sihir tu nk kejar silibus,sebab dengar2 ahli sihir ni tak lama lagi nak kojol.jadi hari ni saya belajar banyak bende,tadi saya belajar bab hantu,hantu ni macam2 mak,ada hantu pocong,mak lampir,sundal malam,pontianak dan yang paling terbaru mak,PENGUNDI HANTU.haa,..sebab tu la mak saya balik lambat.'Contoh la nye,jangan percaya pulak.

        So pada suatu hari,budak ni nak balik ke rumah dia,masa nak balik rumah tu,tiba2,dekat pintu gerbang masuk kampung tu,ramai sangat orang berkumpul,macam jalan tu macam jem tau tak,budak ni kata,apasal pulak tetibe je jem pulak hari ni,ada apa ni,ad blackout 505 ke apa,lain macam je.
Budak tu pun cilok cilok cilok,rupa rupanya dekat dalam kampung tu ada...............................

~bersambung~ *iklan bananana..

Nak tahu apa ada kat depan tu,.insyaAllah bersambung dalam episod akan datang.

Wallahu a'alam.Berjumpa dalam episod akan datang.^_^.

IKLAN

http://www.youtube.com/watch?v=wCkerYMffMo



"Ya Allah selamatkanlah orangorang islam dan para mujahideen di syria.:')











No God But Allah.





2 comments:

  1. awesome subhanAllah.. cepat2 sikit sambung ye.. hee.. ^^

    ReplyDelete
  2. insyaAllah.ana akan cube sedaya mungkin.:)

    ReplyDelete