Sunday 16 June 2013

EPISOD 2:Badan Terbelah Dua.

        Subuh itu damai. Sedamai jiwa-jiwa tulus yang tekun mencari redha Ilahi. Burung-burung sudah lama terbang meninggalkan sarang, mencari rezeki. Keluar pagi-pagi lagi. Itulah ibadat mereka, mencari rezeki dan bertasbih memuji Ilahi, tentu sahaja dengan bahasa yang kita tidak fahami.

       Iman mengucup lembut mushaf Al-Quran beserta terjemahannya itu, lantas meletak sopan di atas rak di tepi meja belajarnya. Alhamdulillah, Allah izin, dia berjaya melakukan rutin paginya itu. Seperti biasa, usai solat Subuh berjemaah dengan teman-teman serumahnya, Iman akan diam sebentar di atas tikar sejadahnya. Membaca al-ma’thurat dan Al-Quran. Tentu sekali beserta menghayati maknanya.

           Pagi ini, dia berjaya menambahkan bilangan muka surat Al-Quran yang dibacanya. Begitulah azam Iman, untuk mempertingkat bilangan muka surat Al-Quran yang dibacanya hari demi hari. Supaya ada peningkatan kepada dirinya, tidaklah terasa bosan dan malas, mengulangi rutin yang sama saban hari.

           Dia sendiri tidak pasti sejak bila, namun membaca al-ma’thurat dan Al-Quran selepas Subuh seakan-akan sudah menjadi rutin hidupnya, telah menjadi darah dagingnya, membumi dalam dirinya. Jika tidak dilakukan, pasti terasa serba tidak kena.

          Oh, baru dia teringat, hari ini hari Sabtu. Cuti. Tidak hairanlah dia punya banyak masa untuk mengelamun sebegitu. Iman jadi tersenyum sendiri.


                                                                      *************

Ok sambung cerita tentang si ghulam... 
Roadblock.why?blackout?bersih 4.0?

Selit punya selit,sampai di bahagian hadapan.

                Rupa-rupanya,apa yang menyekat laluan pintu gerbang kampung itu,adalah seekor binatang yang besar,gedempol,dah tutup jalan.Saya pun tak tahulah apa binatang tu,king kong ke,bigfoot ke,gorilla ke,wallahua'lam,yang penting ada binatang besor duduk tengah jalan.Orang kampung pun tak boleh masuk,siapa yang berani masuk,kene makan dengan binatang ni.
                Lalu apa budak kecik ni kata, `Pada hari ini,aku akan praktik ilmu aku,aku akan tahu,siapa yang lebih betul,tok guru yang mengajar tu ke,ataupun tok bomoh ahli sihir.'

                 Batu yang berada berdekatan dengan budak itu,dicapainya.Sambil memegang batu itu,budak ni pun kata,`Ya Allah,jikalau ilmu yang aku belajar selama ini dengan rahib,ahli ibadat tersebut lebih betul dan tepat daripada apa yang diajar oleh ahli sihir kepada aku,Ya Allah,kau bunuhlah binatang ini.'
                Budak ni pun balinglah batu itu kepada binatang itu,lalu takdir Allah binatang itu pun mati.Orang kampung terperanjat beruk.`Aaaa,mati??kelasnya bedak ini'Lalu cerita pasal budak kecik ini pun tersebar satu kampung.
              Besoknya,budak ini pun pergi belajar macam biasa.Dia jumpa tok guru dia,dia pun kata,`Aaaa,tok guruu,semalam kan masa kita balik kampung,ada binatang besoor kat kampung kita,lepas tu kita amik batu kita baling dekat binatang tu,maatiiii dengan izin Allah'.

Apa kata tok guru dia?

`Wahai anakku,engkau pada hari ini lebih hebat daripadaku'.

               Tok guru ni,terus tawadu' kepada budak kecik ni.Walaupun tok guru tu dah lama beribadat kepada Allah,dan dia merahsiakan ibadat dia,orang pun tak tahu,sebab kalau orang tahu,oprang akan report dan dia akan kene tangkap,merendahkan diri kepada budak kecik ni ha.Sebab apa?sebab berdasarkan budak ni cerita,Allah makbulkan doa budak ni tadi.Dia baling batu,terus mati raksasa tu.

Tok guru kata,`Wahai anakku,hari ini kau lebih hebat daripada aku,suatu hari engkau akan diuji oleh Allah s.w.t ,satu pesanan aku,kalau kau kena apa2 besok,kalau kau kena tangkap,kau kena tahan,kau jangan cerita pasal aku,kau senyap-senyap dah la,kau pandai2 la jawab'.

             So kat situ kita faham bahawa Islam sebenarnya,nak khabarkan kat kita suatu bende,kita jangan terlajak berani,Nabi pun ajar,Nabi kata jangan berangan nak jumpa musuh,tapi kalau ditakdirkan Allah kau bertemu dengan musuh,kau kena tahan dan sabar'.

                                                         ***************************


Nabi muhammad s.a.w pun sambung cerita dengan para sahabat.

              Takdir Allah,budak ni Allah bagi dia kebolehan mengubati semua penyakit.Penyakit yang dia boleh ubati bukan penyakit biasa2 macam demam,batuk atau pening kepala,itu simple present tense punya penyakit,tapi budak ni boleh sembuhkan penyakit memang mustahil boleh sembuh,penyakit apa?Haaa,..siapa mata buta,jumpe budak ni,jadi sembuh,kemudian boleh sembuhkan penyakit SOPAK(penyakit kulit) bukan sopak dekat muka ea,tu pelempang namanya,dan penyakit KUSTA.

           Takdir Allah s.w.t lagi,dekat istana raja ni ada seorang menteri,menteri ni matanya buta,bila menteri ni dapat tahu yang budak ni dapat sembuhkan semua penyakit,lalu menteri ni arahkan untuk budak ni untuk datang ke istana untuk sembuhkan penyakit dia.

Apa kata menteri?

        `Wahai budak,aku banyak duit,aku banyak harta,aku dah sediakan hadiah macam macam untuk kau,akau nak apa semua ada,PSP,PS3,PS4,aku akan berikan semua hadiah ni kepada kau,kalau kau boleh sembuhkan mata aku ni.

Lalu budak ni kata apa.`Wahai tuan,aku tidak boleh menyembuhkan sesiapa pun,yang menyembuhkan ialah Allah.Kalau kau beriman kepada Allah,Allah akan sembuhkan penyakit kau.'

Maka menteri ni kata,`Aaa..Allah tu siapa?Doktor mana Allah tu?Klinik dia kat mana?

`Takk,bukan klinik,bukan hospital,tapi Allah itu tuhan aku'.kata budak kecik tu.

`Tuhan kau?';yaa,tuhan aku

'Bukan raja tuhan kita?';....`Bukan bukan,raja bukan tuhan kita'.

`Oklah,kalau macam tu aku beriman'.

            Menteri tu pun beriman,budak tu pun berdoa kepada Allah taala,`Ya Allah,Kau sembuhkanlah menteri ini',fuhh ditiupkan ke mata menteri itu,dengan takdir Allah,kebaaboom...celik mata menteri tersebut.

          Maka menteri nampak,celik matanya,..'Oooo,gini rupanya muka kamu,ooo gini rupanya pasir,Oooo gini rupanya pokok`,menteri tersebut berasa ta'jub.

          Besok tu menteri itu bekerja macam biasa.Jadi raja ni lepak kat singgahsana perhati je menteri ni masuk ke istana,`Eh apahal mamat ni,elok je masuk istana aku,rileks je,straight je jalan.Biasa kalau masuk mesti langgar tiang dulu,langgar meja,lanngor sana,langgor sini',raja rasa terperanjat.

Lalu raja pun bertanya menteri ni,`Siapa yang sembuhkan mata kau?`

Apa jawap menteri ni,menteri ni kata,`RABBI`

 Apa kata raja,`Aku?akukah yang menyembuhkan kamu?'

Menteri ni pun jawab,`LA(tidak),Rabbi warabbukallahu'...Tuhan aku dan tuhan kau adalah Allah'

'Aik?Sape ajor ko ni?Aku ni tuhan kau'.

`LA!RABBI WARABBUKALLAHU'.

            Lalu raja ni,dia tangkap menteri ni,dibelasah menteri ni,dihempuk menteri ni,supaya dia cakap siapa yang ajar tuhan ialah Allah.

Menteri ni pun tak tahan,dia pun kata,`Al-ghulaamu'.

`Budak tu?budak yang belajar sihir tu?,kalau macam tu panggil dia sekarang!'

          Budak tu pun dihantar ke istana raja,dan berkata kepadanya,`Wahai budak,baguslah,beta tak sangka ya,tak sia-sia kau belajar sihir kat sini,rupa-rupanya ilmu sihir kau berkesan,boleh menyembuhkan buta,kusta,pekak badak,bisu harimau,...bagus ilmu kau ni,bagus'

Budak ni pun jawab,`Sesungguhnya aku tak menyembuhkan sesiapa pun,yang menyembuhkan adalah tuhanku dan tuhanmu iaitu Allah'.

Haa!!Aku tuhanmu wahai budak,setakat ni aku tak letak jawatan lagi!!

Budak ni pun kata,`La,Rabbi warabbukaAllahu'.

           Raja pun kata,belasah budak ni,masukkan ke dalam penjara...Belasah punya belasah.budak ni pun tak tahan,disuruhnya memberitahu siapa yang ajar dia.

Lalu budak ni pun kata,'Arraahibu',..tok guru yang ngajor'.

Padahal sebelum ni,antum ingat tak apa tok guru pesan kat dia.`Wahai anakku,kau lebih hebat daripadaku,suatu hari kau akan ditimpa ujian,dan kalau kau diuji kau ditangkap,kau jangan cerita pasal aku'.

Lalu dihantar la segala polis askar dan sebagainya,untuk menangkap tok guru ni.

Diheret tok guru ni ke istana,raja kata,`Kau ni,aku dengor kau mengajor budak ni,sekarang ni aku nak tanya,siapa tuhan kau?

Tok guru ni kata,`Allah tuhan aku'.

            Tok guru ni kan,bila dah kena tangkap,dia tak salahkan budak tu,dia tak kata,`Apalah kau ni,kan aku dah cakap awal2 hari tu,kau ni betulla,aku elok2 tak campur politik,sekarang ni ngan aku2 dah kena masuk kancah politik'.Tak,tok guru tak pernah salahkan budak tu.Ini dah ditakdirkan Allah,bahawa dia akan ditangkap.

Lalu raja tu arahkan orangnya,untuk amik gergaji,diletakkan atas kepala tok guru tersebut.

Kembali kepada agama menyembah raja,kalau tidak,aku kerat kau sampai terbelah dua',lalu tok guru ni pun kata,`Tidak,rabbi warabbukallahu'

Lalu,digergaji tok guru ini hidup hidup,didepan budak ni dan menteri ni,

Zupp,zapp,zupp,zapp,(bunyi gergaji),terpercik darah melalui anggota tubuh badannya,sampai lah badan orang yang mengimani ALLAH s.w.t ni,terbelah dua,di depan mata budak kecik dan menteri tersebut.

Bayangkan,kita melihat betul2 LIVE orang dibelah dua,semata mata kerana beriman kepada Allah.

Lalu raja ni kata kat menteri tersebut,kau tengok ni ha,terbelah dua tok guru kau ni,kalau kau degil,dan kau tak nak beriman kepadaku.Nak beriman ke tak nak?

Menteri ni kata,`Tidak!!,Rabbi warabbukallahu'..Tuhan aku dan tuhanmu adalah Allah.

Lalu diletakkan gergaji di kepala menteri ni,dan digergaji menteri ni sampai terbelah dua.

           Bayangkan,dia pakai gergaji tahu tak,bukan pakai gergaji mesin,yang 2 minit siap,tapi ni gergaji,sorang tarik sini,sorang tolak sana.Segala puji bagi Allah yang tak menguji kita dengan ujian yang macam ini,tetapi umat islam di syria Allah uji,dengan ujian yang sebegini.Sepertimana dalam video di syria,orang ini diikat pada dinding,diambil gergaji mesin,dia letak sikit je kat leher,..memancut darah.Subhanallah.

Menteri ni pun kata,`Wahai budak,kau nampak tak menteri ni kena macam mana.Balik sembah aku semula.'.

`Tidak,Tuhan aku dan tuhanmu adalah ALLAH',kata budak ni

 Selepas budak ni kata tak nak,Zujupppp.................

                                                       *******************************

 Blackout.

 Woi sape main api ni??jerit ali.

Nak tahu apa yang berlaku selepas lampu dibuka?siapa yang menang?Eheh.

InsyaAllah,kita sambung pada episod akan datang.

Wallahu a'lam.
 

Mari sama sama kita berdoa untuk syria,

“Ya Allah! Ampunilah dosa kami, kaum muslimin dan muslimat (orang-orang Mukmin lelaki dan perempuan), mukminin dan mukminat (orang-orang Islam lelaki dan perempuan). Satu-padukan hati mereka dengan kasih sayang. Perbaikilah segala urusan mereka dan bantulah mereka melawan musuh-musuh-Mu dan musuh-musuh mereka. Ya Allah! Laknatilah orang-orang kafir yang menghalang orang lain menuju ke jalan-Mu dan mereka yang mendustakan para Rasul-Mu dan mereka yang memerangi para kekasih-Mu.Ya Allah! Pecah-belahkan kesatuan mereka, hancur-leburkan kekuatan mereka dan turunkanlah bencana-Mu yang tidak dapat dielak oleh orang-orang yang penuh dengan dosa. Dengan menyebut nama-Mu ya Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang, Ya Allah! Sesungguhnya kami memohon perlindungan dan keampunan-Mu.”
 Ameen.


Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
(Al-Ankabut: 2-3)


2 comments:

  1. Aminnn ya Rabbal 'Alamin Ya Allah..

    Aiseyman, stop lagi. Sungguh la sabar itu separuh daripada iman. :D Jzkk. Ni dah jadi dakwah 2 in 1. Haha.goodjob.

    Ana kdg perasan kachak juga sehingga dilempang ayat di atas.
    "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
    (Al-Ankabut: 2-3)
    Jzkk again. Goodjob.

    ReplyDelete
  2. Aminn.

    Hehe,ana terpaksa stop.Betul tu,sabar separuh daripada iman.:)

    Persoalannya sekarang bukan bilakah kita akan diuji?Tetapi kenapa tidak diuji lagi?sebenarnya bila kita ini tidak diuji lagi,itu tandanya iman kita lemah lagi.

    Allahu Rabbi.Lemahnya iman ana ni.T_T

    Ala kulli hal,syukran.

    ReplyDelete