Thursday 27 June 2013

Episod 3-Aku Serahkan Mereka pada Engkau Ya Allah



Alhamdulillah. I started this entry with alhamdulillah because really we owe Allah plentiful, in fact everything we have today, are courtesy from Him, be it we are dealing with difficulties or we are enjoying our success after much hard works and pengorbanan we did.

What we are today are pretty much what we did yesterday, what we will be tomorrow is what we're doing at this very moment. This resort to the fact that we are related to our past. Now, not everyone ada a good track record in their life, just take a look at our posts in Facebook and Twitter, and try classifying them to the two; one that can bring you closer to jannah, and one that does nothing (nothing meaning buang masa and buang masa is rugi and rugi is not safe from hellfire).

Some of us ada yang dulu pernah bercouple and we once are proud of it, not knowing how wrong it is (those yang tengah dalam couple ni maybe tak rasa yet) but the kegelisahan and keresahan yang kita lalui hari-hari tu (although we are happy when being with him/her, kadang-kadang, banyak masa bergaduh je) are kind of indications that we're not doing the right thing.

Allah said, "only in remembering Him that we attain peace." If we are doing things yang against His will, memang we'll never attain serenity in our life.

Kebahagiaan yang plastik? Yes of course, macam those people yg try to escape from their problems by drinking and clubbing, do they look happy enjoying themselves at that moment? Yes they certainly do, but berapa lama can it last, a night at most. Pagi esok tu they are filled, yet again, with bertubi-tubi masalah.

Hisham Mahir.




Ok sambungcerita pasal ghulam.Dekat mana kita stop?ha.....ok2 dah ingat.

Blackout.

Wah TNB datang,dah menyala balik..hehe.

Tak ada mana2 parti pun yang menang ea.Eheh.

Kita start ea.

Selepas tok guru dan si menteri itu habis digergaji.Tibalah giliran si budak ni.

Raja tu pun kata,`Wahai budak kau nampak tak apa dah berlaku kat menteri ni,balik sembah aku semula'...`Rabbi warabbukaAllah',jawab budak ni.

Kalau ikut raja ni dia nak gergaji jugak budak ni,tapi orang2 kanan raja ni kata,`Tuanku tak payahlah,takkanla budak besor ni nak gergaji,malulah kita.Karang besok masuk surat khabor nak jawab macam mana,budak besor ni pun nak berkira,tak payahla tuanku'.


Tapi raja ni kata,`Eh tapi aku tak puas hati,budak ni aku bagi macam2 kat dia,biasiswa,baucer buku 1 Malaysia.Hmmm..kalau macam tu kita gune cara lain,kita bawak budak ni naik atas bukit,letakkannya di tempat paling tinggi,kemudian kita humban dia masuk ke dalam gaung,biar dia mati masuk ke dalam gaung'.

Lalu budak ni pun ditangkap dan dibawa ke puncak bukit untuk dihumban ke dalam gaung.

Semasa kat atas gunung tu raja kata,..suruh budak ni balik sembah aku,kalau dia nak sembah aku kau lepaskan dia,kalau dia tak nak sembah aku,kau humban je dia masuk ke dalam gaung.


Sampai kat atas gunung,askar pun kata,`Wahai budak pergi balik sembah raja,kalau tak kami humban kau ke dalam gaung'.

Lalu budak ni pun berkata,`Allahummakfiniihim bima syikta'...Ya Allah aku serahkan mereka pada engkau.

Usai je budak ni berdoa,tiba-tiba begegarlah gunung tersebut.Dengan takdir Allah,semua tentera2 ni jatuh ke dalam gaung,kecuali budak ni sorang.

Dia pun turun daripada gunung,dan balik berjumpa dengan raja.

Raja ni pun terkejut beruk.Haa!!!hidup lagi budak ni,..mana askar2 yang lain?

Budak ni pun menjawab,`Aku telah serahkan mereka pada Allah'.

Raja yang degil ni tetap nak menghukum budak,rasa tidak puas hati menyerap masuk ke dalam tubuh beliau.Raja ini telah menangkap semula budak ini,dan dibawa ke tengah laut,raja berhasrat untuk campak dia ke tengah laut.Kalau budak ini kembali menyebah raja ni,maka dibawa balik semula ke istana.

Jadi askar-askar ini pun bawak rombongan sebuah kapal yang besar dengan satu sampal yang kecil bersama-sama budak kecik ni.Budak kecik ni pun dibawa ke tengah laut.

Askar ni pun kata,`Wahai budak berimanlah kamu dengan raja'.

`Tidak,tuhanku dan tuhanmu adalah Allah'.

Budak ni pun nak dicampak ke laut,lalu dia berdoa dengan doa yang pendek tadi`Allahummakfiniihim bima syikta...Ya Allah aku serahkan mereka pada Engkau'.

Lalu bergeloralah laut,,halilintar menyambar menerangkan bumi pabila ia muncul,ombak yang kuat menghempas kapal,orang di dalamnya berteriakan meminta pertolongan.`Tolong,tolong,tolong'.Dengan takdir Allah,maka tenggelamlah kapal dan askar askar upahan raja dan terselamatlah si ghulam ni.

Pabila laut kembali tenang,budak ni pun pulang ke istana untuk berjumpa dengan raja.Raja masa tu macam biasa la,tengok astro,tengah2 layan cerita kal ho na ho,maka terkejut king kong dia bila dia melihat budak ni hidup lagi.`Ha!!hidup lagi kau ni?'

`Mana kawan2 kau yang ramai yang menghantar kau tu?'...budak ni pun jawab`Aku dah serahkan mereka pada Allah'.

Akhir budak ni kata dekat raja,`Wahai raja,kau takkan boleh bunuh aku,sehingga kau mengikut arahanku'

`Alamakk,ikut arahan budak la pulak,oklah,aa apa yang kau nk suruh aku?'

Budak ni cakap kat raja ni,`Gini raja,besok kau istiharkanlah cuti umum,swasta,syarikat,bangla semua cuti belaka,dan kumpulkan mereka di sebuah kawasan lapang,dan kau ikat aku di sebatang kayu,dan kau amik anak panah aku ni,dan masa kau nak lepaskan anak panah ini ke aku,kau baca doa ini,BISMILLAH WARABBIL GHULAM....Kalau kau boleh buat bende ni,baru kau boleh bunuh aku'.

`Ok!!tak kiralah,yang penting kau mati'kata raja.

Besoknya semua cuti belaka,perkara yang disuruh budak ini semuanya dilaksanakan,budak ni diikat di batang kayu.Orang ramai pun berkumpul.Nak dikatakan,orang kat negeri ni semuanya kenal budak ni.

`Oooo,budak ni,eh bukan ke budak ni yang bunuh raksasa yang besar dulu ke?'

 `Ehh,budak ni,budak baik ni,dialah budak yang paling pandai dekat kampung kita,apa jadi dengan dia,kesian dia'.

Jadi orang dah mula rasa simpati dekat budak ni.Orang ramai tak berani declare dengan raja,tapi dah nampak dah sokongan masing2 dekat budak tu.

Dengan mengacukan panah ke kepala budak itu,raja pun menarik panah setegang-tegangnya.dan membaca`BISMILLAHI WARABBILK GHULAM'..Dengan nama Allah tuhan budak ni.

Zzzuupp,panah pun menyusr laju,maka terpacaklah panah tersebut dimuka budak tersebut,dibahagian Sadghun,iaitu diantara mata dan telinga.Ada riwayat yang mengatakan,budak ini angkat tangan nya dan meletakkan pada tempat panahan tersebut.Maka syahidlah budak ini.             


Apa yang berlaku selepas itu??


Bila budak ni mati,maka raja pun tergelak terbahak-bahak kerana gembira.

Tiba-tiba semua penduduk kampung itu bangkit,dan berkata,`Kami beriman dengan tuhan ghulam(Allah)...Kami beriman dengan tuhan ghulam...REFORMASI!!..'


Raja pun tension,ingatkan dah selesai,tak selesai rupanya..Akhir raja menyuruh orang-orangnya menggali parit yang besar.Dan nyalakan api yang marak.Siapa yang beriman dengan tuhan budak ini,bunuh dia,humban dalam api,kita bakor je.

Lalu dinyalakan api yang marak,dan dihimpunkan orang dalam negeri ini seluruhnya,raja duduk atas tebing dengan menteri-menteri kabinet,dibawah kanopi,raja berkata,`Siapa beriman dengan aku,lepaskan dia,dan siapa yang beiman dengan budak ini,humban dalam api'.

Maka nabi s.a.w pun sambung cerita.Yang peliknya,orang kampung ni,semuanya berebut nak terjun dalam api,ada sorang pakcik ni siap sengseng kain pelekat,dan amik jarak,hehe.

Semua berebut nak terjun dalam api,raja lagi makin sewel.`Ni apa kehe ni??'.Sehinggalah sampai pada turn seorang perempuan untuk terjun,orang perempuan ini ada baby kecil,baru lahir,comel je.Mak ni kata,`Aku ni kalau ikutkan nak terjun jugak bersama yang lain,tapi bila tengok anak aku yang kecik ni,kesiaan pulak,kau ni nak,mykid pun takde lagi ni ha,tak pasal2 kau pun kene jugak'.

Jadi mak ni konfius nak terjun ke tidak.Dengan anaknya yang sedang menyusu ni.Tiba-tiba dengan izin Allah,baby ni lepaskan susu pada mulut dia dan berkata pada emaknya,`Wahai emakku,sesungguhnya engkau di atas kebenaran,terjuun saja mak'.Lantas perempuan ni pun terjun ke dalam api bersama anaknya.

Inilah diantara 3 orang budak2 yang nabi sebut bercakap masa kecil,budak ni,nabi Isa a.s,dan kisah Juraij.

Lalu ditakdirkan Allah,seluruh penduduk kampung ini dibakar hidup2,seramai 70 ribu orang,

Di penghujung cerita ini,Allah berfirman kepada api,`Wahai api,kau sambor pulak yang atas bukit tu'.Api pun marak dan membakar raja dan kuncu-kuncunya.Habis rentung.Maka tamatlah cerita Ashaabul Ukhdud ini.

Ok2.lastly,nak cakap bahwa,lebih kurang seribu tahun kemudian,di zaman pemerintahan Umar Al-Khattab r.a.Satu hari disebuah tempat,saya tak pasti di mana,ada para sahabat ini menggali tanah untuk membuat cucuk tanam.Gali punya gali,jumpa satu jenazah seorang budak,yang tangannya diletakkan antara mata dan telinga.Jadi sahabat berasa hairan,mayat tu baru lagi,sahabat pun pegang keluarkan mayat itu,bila diangkat tangan budak itu ada darah mengalir.Lepas tu tutup balik tangan tu,maka berhentilah darah itu.

Cerita ini disampaikan kepada Umar r.a.Umar r.a. berkata,jangan kacau kubur itu,kambus,kamu gali tempat lain,kemungkinan dialah budak yang Allah sebut dalam al-Quran.Budak yang sanggup syahid kerana pertahankan akidah dia dan akidah orang ramai.Jadi inilah janji Allah,orang yang syahid dia tidak mati,bahkan dia hidup disisi Allah s.w.t.

Oklah,rasanya samapai sini sahaja,begitulah nak dikisahkan dengan ashaabul Ukhdud,iaitu tuan-tuan parit,yang disebutkan dalam Al-Quran.

Semoga kisah ini memberikan motivasi kepada saya dan pembaca sekalian.Semoga kita istiqamah dalam perjuangan islam.


Alhamdulillah.

Sebelum tu ana nak tolong promosikan sahabat ana punya jualan ni,sesiapa yang nak order boleh pm saya di Facebook.






Maaf salah silap.Segala yang baik itu datang daripada Allah,dan segala yang buruk itu datang dari kelemahan diri sendiri.Wallahua'lam

Semoga Allah samapaikan kita pada bulan ramadhan Al-mubarak yang tak lama lagi.



2 comments:

  1. Alhamdulillah. Sebelum ni taw cerita ghulam sampai semua orang beriman je. the rest xtau, skrg dah taw, jzkk.

    btw, Kenders jugak ke?

    ReplyDelete