Tuesday 23 July 2013

Qantarah.





 Ramadhan.

Hidupkah ramadhan kita?

Apa kesan yang kita dapat daripada bulan ramadhan kali ini?

Adakah sama seperti biasa.masih berada di takuk yang lama.

Apa perubahan yang kita dah buat?

Allahurabbi.sebak bila menanyakan hal ini dekat diri sendiri.

Berubahkah aku?






                                                .....semoga kamu bertaqwa.[2:182]


Allah mengurung syaitan di bualan ramadhan ni,sebab Allah nak bagi peluang dekat kita.Peluang untuk kita menjadi hamba yang bertaqwa.Sungguh,Allah itu Maha Penyanyang.

Maka sia-sialah bagi sesiapa yang mensia-siakan peluang ini.

Jom rebut peluang yang ada,untuk kita mendidik nafsu kita,untuk kita bertaqarrub kepada Allah Azza wajalla.

Jadikan ramadhan kali ini benar-banar bermakna.

Mengelamun sebentar.

                                               **************************************


Weh bedah.bedah.bedah.BEDAAHHHHH!!jerit si Jenab.

Cepatla cerita.

`ok.jap jap.termengelamun pulak.'jawab bedah dengan selamba.

Jarang.

Jarang sekali orang nak kongsikan pasal bende ni.

Qantarah.

Dalam sebuah hadis diriwayatkan..

‏أن ‏ ‏أبا سعيد الخدري ‏ ‏رضي الله عنه ‏ ‏قال ‏ قال رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏يخلص المؤمنون من النار فيحبسون على قنطرة بين الجنة والنار فيقص لبعضهم من بعض مظالم كانت بينهم في الدنيا حتى إذا هذبوا ونقوا أذن لهم في دخول الجنة فوالذي نفس ‏ ‏محمد ‏ ‏بيده لأحدهم أهدى بمنزله في الجنة منه بمنزله كان في الدنيا


Abu Sa’eed al Khudree r.a reports that the Prophet s.a.w said, “when the believers cross the Hellfire, they will be stopped at a small arched bridge (Qantarah) before entering the paradise and will be given retribution for injustices between them until they become purified. (Then) they will be permitted to enter Jannah. So, by the One in Whose Hands is my soul, they will know their way to their homes in Jannah, better than they know their ways to their homes in dunya.” [Saheeh Al-Bukhari] [1]


Apa itu Qantarah???

Al-Qantarah adalah jambatan kecil selepas Siraat bahawa orang yang beriman akan perlu menyeberang sebelum memasuki Jannah. Allah s.w.t akan meminta orang yang beriman untuk menyelesaikan isu-isu mereka di sini.

Mengikut perbahasan di dalam kitab hadis,ada yang mengatakan qantarah adalah sebuah `ruang' selepas titian sirat.Ini bermakna,setelah kita selesai melalui titian sirat,means masalah hubungan kita dengan Allah telah selesai,kita akan ditemukan di sebuah ruang yang bernama Qantarah.Di sini penyelesaian hubungan kita iaitu hubungan manusia sesama manusia akan berlaku.

Maksudnya,jika dahulu kita ada menzalimi manusia di dunia dahulu,dalam bentuk apa-apa pun,seperti membunuh,memukul,menyebarkan fitanah,so kat sini iaitu Qantarah kita akan bayar balik apa yang kita telah lakukan di dunia.Bayar dengan apa?dengan duit?atau bayar dengan kita bunuh balik???Tidak,kita akan bayar balik kezaliman yang kita lakukan dengan pahala kita.Allahurabbi.

Terdapat hadith diriwayatkan dalam Mustadarak al-Hakim dengan rantaian yang shahih yang menyatakan bahawa akan ada dua orang lelaki dari umat ini yang akan datang sebelum Allah s.w.t. Seorang lelaki akan berkata, "Demikian dan demikian telah melampaui batas terhadap saya dan saya mahu dari amalannya." Allah akan memberitahu kepadanya, "Adakah anda melihat istana yang besar ini di syurga?" Dan lelaki itu akan melihat istana, dan Allah akan berkata kepadanya, "ia akan menjadi milikmu jika kamu memaafkan saudara kamu hari ini." Dan lelaki itu akan memaafkannya. Rasulullah s.a.w berkata pada akhir hadith ini yang bermaksud "Bertaqwalah kepada Allah dan damaikanlah hubungan diantara kamu, sesungguhnya Allah akan mendamaikan antara orang yang beriman (pada hari kiamat) ". [2]

 Jika Allah akan mendamaikan di antara kita pada hari itu, peranan kita hari ini perlu untuk mendamaikan antara diri kita sendiri.

Bayangkan seseorang berdiri di Qantarah, betul-betul di hadapan pintu Jannah. Kemudian mereka, diseret kembali ke neraka kerana mereka kehilangan kebaikan atau pahala mereka.Maka orang yang sedemikian Rasulullah s.a.w menggelar mereka sabagai "muflis";iaituorang yang bankrap.

Rasulullah telah menjelaskan dalam satu hadis mengenai mereka yang dikatakan bankrup.

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda: “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis itu?

Sahabat menjawab: “Orang yang muflis di kalangan kami ialah seseorang yang tidak memiliki wang dan juga tiada memiliki harta.”

Lalu Rasulullah s.a.w menjawab: “Sebenarnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah seseorang yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala sembahyang, puasa dan zakat, tetapi dahulunya waktu di dunia ia pernah mencaci maki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpahkan darah seseorang dan pernah memukul seseorang. Maka akan diberikan kepada orang yang teraniaya itu daripada pahala kebaikan orang tadi dan begitu pula seterusnya terhadap orang yang pernah teraniaya, ia akan diberikan pula daripada pahala kebaikan orang tadi, apabila telah habis pahalanya sedangkan bebanan dosa penganiayaannya belum lagi dibayar semuanya, maka akan diambil daripada kesalahan orang yang teraniaya itu lalu dibebankan kepada orang tersebut, maka selanjutnya orang itu akan dicampakkan ke dalam api neraka.”  (Riwayat Muslim)

Sebarang dosa yang berkaitan dengan orang lain adalah sangat serius di dalam Islam,
so why would anyone with any bit of intellect allow themselves to become a muflis?So hari ini kita kena sentiasa beringat akan keadaan orang yang muflis.Segunung kebaikan pun yang kita bawak,tapi jika kita masih menzalimi orang lain,dan membuat salah terhadap orang lain,maka tiada nilainya.Tapi kita sebagai marhaen yang hina dina ni,sungguh,hanya sedikit kebaikan yang kita ada,takkanlah kita nak bagi dekat orang lain lagi?Berbuat baiklah sesama manusia.

Bayangkan betapa peritnya perasaan kita bila dah berdiri di hadapan Jannah,kita dah lihat dah pintu jannah terbentang luas dihadapan kita selepas kita melepasi siraat,tetapi tiba2 kita terjerumus ke dalam neraka,hanya disebabkan kita tidak menjaga tangan dan lidah kita.Pasti perit.Allahurabbi.T_T

Oleh itu,jomlah sama2 kita meminta maaf dan saling memaafkan kepada sesiapa yang telah kita zalimi,tak kiralah dari segi perkataan atau perbuatan,sebelum tiba masanya,kita dah tidak boleh buat apa2.


 
Semoga Allah melindungi kita dari perbuatan-perbuatan yang sia-sia, dan Dia menjadikan kita di kalangan orang-orang Islam yang jauh daripada muflis di akhirat kelak.Ameen.

Dan AllahMaha Mengetahui,segala puji hanyalah bagiNya.

Hablu minaAllah,wahablum minannaas.

Hubungan dengan Allah,hubungan dengan manusia.

Jagalah hubungan dengan Allah,nescaya hubungan dengan manusia akan terjaga,

Saling maaf-memaafi.

"Aku mintak maaf kepada sesiapa yang pernah aku sakiti."kata Bedah.
 

                                                     ***********************

Ramadhan ke 15 sudah.Jom perbaiki amalan kita,disamping hubungan dengan Allah,hubungan dengan manusia kena jaga juga.Semoga goal kita iaitu TAQWA akan dapat direalisasikan.

Semoga istiqamah sampai ke pengakhiran hayat.

Semoga bertemu dengan malam lailatulqadar.

Semoga menjadi hamba Allah.bukan hamba ramadhan.

Semoga menjadi hamba yang taat dan anak yang soleh.

Semoga....berapa banyak kali semoga da...

Bye.Salamunalaikum.







Weh bedah nak azan ni.

Gua chow dulu.terima kasih sebab kongsikan.


Weh Bedah cakap kat Eton aku maafkan dia jugak."jerit si bedah sambil berlari menuju pintu rumahya.




:)

















3 comments:

  1. tq 4 the sharing..entry yg menyedarkan saya..

    ReplyDelete
  2. MasyaAllah Bagus betul kultum ni. Ringkas, santai dan mudah difahami. Semoga yg menulis mendapat sebaik2 ganjat.

    ReplyDelete
  3. MasyaAllah Bagus betul kultum ni. Ringkas, santai dan mudah difahami. Semoga yg menulis mendapat sebaik2 ganjat.

    ReplyDelete